fbpx
Now Reading
‘Lesap’ RM1200 & Barangan Peribadi Termasuk Loket Emas Selepas Ziarah Kubur Ayah

‘Lesap’ RM1200 & Barangan Peribadi Termasuk Loket Emas Selepas Ziarah Kubur Ayah

Mangsa yang baru sahaja selesai menziarahi kubur ayahnya mendapati kenderaan yang diletakkan di perkarangan tanah perkuburan telah dipecahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita dan ibunya mengalami kerugian selepas kereta mereka dipecah masuk sewaktu menziarahi kubur arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, pada Selasa (3 April).

Kejadian tersebut telah menyebabkan mereka kerugian wang tunai RM1,200, barangan peribadi, termasuk dua telefon bimbit dan juga loket emas.

Memetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mangsa membuat laporan kira-kira pada 6.48 petang, hari yang sama.

Dapati cermin depan sebelah kiri telah dipecahkan

“Siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibunya meletakkan kenderaan jenis Perodua Axia miliknya di dalam perkarangan Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang untuk menziarahi kubur ayahnya.

“Setelah selesai menziarahi kubur, mangsa mendapati cermin keretanya di bahagian depan sebelah kiri telah dipecahkan,” jelasnya dalam kenyaatan pada Rabu (4 April).

Dua tas tangan hilang, dua telefon bimbit dan loket emas hilang

Menurut beliau, mangsa telah mendapati tas tangan milik dia dan ibunya telah hilang.

“Antara barangan yang hilang adalah dua buah telefon bimbit jenis Vivo dan Samsung, dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, turut hilang wang tunai RM1,200, kad ATM dan sebiji loket emas,” ulas beliau lagi.

Tambahnya lagi, siasatan berkenaan insiden masih dijalankan.

“Saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelas S Vijaya Rao.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.