fbpx
Now Reading
“Dia Negatif Monkeypox..” – Kanak-Kanak Tular Disahkan Positif HFMD, Bukan Cacar Monyet, Kata KKM
Kanak-kanak Positif HFMD

“Dia Negatif Monkeypox..” – Kanak-Kanak Tular Disahkan Positif HFMD, Bukan Cacar Monyet, Kata KKM

Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak berkenaan adalah HFMD kerana positif Virus Coxsackie A6.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum pun reda dengan wabak COVID-19 yang sudah menghantui seluruh dunia selama 2 tahun kini semakin banyak pula timbul penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan cacar monyet (monkeypox).

Lebih mengejutkan apabila tular di media sosial dakwaan yang mengatakan cacar monyet kini sudah memasuki Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan kemudiannya menegaskan belum menerima sebarang notifikasi berkenaan kes kanak-kanak dijangkiti cacar monyet setakat jam 5 petang 24 Mei 2022.

Mereka dalam masa sama turut meminta pihak waris kepada kanak-kanak tersebut agar segera membawanya ke pusat kesihatan terdekat untuk rawatan sekiranya gambar tersebut adalah benar.

Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter mengesahkan kanak-kanak berkneaan sebenarnya dijangkiti HFMD dan bukan cacar monyet.

“Dimaklumkan susulan kenyataan KKM mengenai monkeypox, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam pada 13 Mei dan ruam bermula 16 Mei lalu. Ruam tersebut menjadi ‘blister’ pada 9 Mei dan mula pecah pada 21 Mei lepas.

“Kanak-kanak berkenaan kini dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pakar pediatrik.

“Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk penyakit HFMD dan monkeypox.

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak berkenaan adalah HFMD kerana positif Virus Coxsackie A6 dan negatif monkeypox serta lain-lain virus yang diuji,” tulis beliau di kapsyen.

Baca artikel berkaitan: Tiada Notifikasi Berkenaan Kes Virus Monkeypox Di Malaysia Setakat Ini – KKM

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.