fbpx
Now Reading
Bimbang Kes Jenayah Berat Meningkat, Bapa Zulfarhan Tak Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori

Bimbang Kes Jenayah Berat Meningkat, Bapa Zulfarhan Tak Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori

Jelas beliau, keputusan ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah serius di Malaysia seperti pengedaran dadah dan bunuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kerajaan baru-baru ini telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, hukuman tersebut sebaliknya akan digantikan dengan hukuman lain yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Baca artikel berkaitan : Hukuman Mati Mandatori Sah Dimansuhkan Di Malaysia

Pengumuman tersebut teryata mendapat pelbagai respon dari rakyat Malaysia di mana ada segelintir yang mengalu-alukan keputusan tersebut yang disifatkan sebagai langkah progresif dan ada juga yang kurang bersetuju.

Perkara ini turut mendapat perhatian bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Zulkarnain Idros yang dilihat tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Bimbang kes berat seperti edar dadah dan bunuh meningkat

Menurut laporan Harian Metro, Zulkarnain merasakan keputusan ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes kesalahan yang serius di Malaysia.

“Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita.

“Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukumam mati dimansuhkan pula.

“Begitu juga kesalahan jenayah membabitkan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar lain bagi mereka yang didapati bersalah membunuh. Adakah hanya penjara seumur hidup sahaja.

“Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara,” kata Zulkarnain.

Patut buat undian secara terbuka

Beliau dalam masa sama turut mencadangkan kerajaan agar melakukan undian secara terbuka dalam memutuskan sesuatu polisi besar yang membabitkan rakyat terutamanya dalam isu utama seperti pemansuhan hukuman mati mandatori ini.

“Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain,” katanya.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.