fbpx
Now Reading
SPRM Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Palsu Pemimpin Bersatu

SPRM Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan Palsu Pemimpin Bersatu

Ia susulan kenyataan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK P040 Kemaman pada Jumaat (10 November) yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan teknologi pada masa kini memudahkan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan pantas walaupun maklumat yang diperolehi datang daripada pelbagai lokasi yang berbeza.

Sebagai pengguna, kita perlu memastikan maklumat disebarkan adalah berdasarkan fakta yang betul dan bukan fitnah semata-mata.

Hebahan berita atau kenyataan palsu boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan tindakan undang-undang.

SPRM Ambil Tindakan Berhubung Kenyataan Palsu

Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis terhadap Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu, Datuk Razali Idris.

Ia susulan kenyataan Razali ketika Pelancaran Jentera Pilihanraya Kecil PRK P040 Kemaman pada Jumaat (10 November) yang lalu.

Menerusi video tular di akaun TikTok @wancin11, Razali mengeluarkan kenyataan palsu yang mengaitkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa badan kerajaan lain termasuk SPRM.

“Di dalam hantaran berkenaan, Razali telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

“Beliau menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan, serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

@wancin11

♬ bunyi asal – ANGAH

SPRM Anggap Ia Satu Tohmahan Berat

Menurut SPRM, pihaknya memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

“SPRM adalah sebuah badan penguat kuasa yang diperkasakan oleh undang-undang untuk melaksanakan fungsi dan peranan membanteras rasuah dengan bebas dan profesional tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluar dan menyebarkan fitnah dan tohmahan tersebut,” kata SPRM menerusi kenyataan tersebut.

SPRM LAPOR POLIS PERNYATAAN PALSU OLEH AHLI PARTI BERSATU SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah…

Posted by SPRM on Tuesday, 14 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Beri ‘Green Light’ Kepada SPRM Siasat Menteri & Pegawai Terlibat Dengan Rasuah

Baca Artikel Berkaitan: SPRM Tahan Anggota Penguatkuasa, Disyaki Minta Habuan Seks Dari Seorang Wanita

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.