fbpx

Muhyiddin Umum Tidak Akan Pertahan Jawatan Presiden BERSATU

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (24 Disember) mengumumkan tidak akan mempertahan jawatan yang disandangnya itu dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung tahun depan.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya.

Semua itu demi mengangkat Bersatu sebagai parti pembela Melayu dan Bumiputera.

Perkara itu diumumkan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam.

Dia dalam masa sama turut memberi caradangan kepada barisan kepimpinan kanan parti agar bermusyawarah terlebih dahulu dalam membuat sebarang keputusan demi memastikan tokoh-tokoh parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan parti yang baharu nanti.

“Ini adalah Perhimpunan Agung kali terakhir saya berdiri di pentas ini sebagai Presiden parti. Ini kerana pemilihan parti akan datang akan dibuat di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum perhimpunan agung diadakan.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua barisan pimpinan dan ahli Bersatu sekiranya saya melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan sepanjang saya memimpin parti. Pesan saya, jagalah parti ini baik-baik,” kata Muhyiddin lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.