fbpx
Now Reading
Kerajaan Madani Akan Lebih Tegas Pada Tahun Kedua Pentadbiran – Anwar Ibrahim

Kerajaan Madani Akan Lebih Tegas Pada Tahun Kedua Pentadbiran – Anwar Ibrahim

Menurut PM, corak pentadbiran yang lebih jelas dapat direalisasikan dengan pimpinan dan semangat Kerajaan Perpaduan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pemimpin mempunyai cara atau pendekatan mereka yang tersendiri dalam menguruskan hal ehwal negara.

Hari ini (24 November), genap setahun pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beri Bayangan Akan Lebih Tegas Pada Tahun Kedua Pentadbiran

Menurut Anwar, Kerajaan Madani akan ditadbir dengan lebih tegas pada tahun kedua pentadbiran bagi mengukuhkan semula imej negara di mata dunia.

Menurut beliau, corak pentadbiran yang lebih jelas dapat direalisasikan dengan pimpinan dan semangat Kerajaan Perpaduan.

Malah, dengan memfokuskan kepada tatakelola, isu berkenaan amalan rasuah dan salah guna kuasa, beliau yakin bahawa martabat negara dapat diangkat.

“Selepas setahun, ke mana arah tuju kita? Pada tahun pertama, awalnya sedikit terumbang-ambing tetapi dengan dasar yang jelas, kita berjaya selesaikan masalah asas rakyat.

“Maka percayalah dengan mandat yang ada, tahun ini kita akan mula dengan lebih tegas, lebih jelas untuk bangunkan ekonomi negara dan keras menghadapi segala rintangan atau cubaan merosakkan sendi negara kita dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Dengan semangat ditunjukkan pimpinan Kerajaan Perpaduan, kita akan memulakan satu corak yang lebih tegas dan pantas mengemudi negara ini, lebih baik daripada apa yang kita capai dalam tahun lalu,” kata beliau yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Beliau turut berkata pihak pembangkang sudah mula jemu dengan Kerajaan Perpaduan yang sering memperjuangkan tatakelola dan memerangi rasuah seolah-olah dua istilah itu menakutkan mereka.

Bangga Dengan Kerajaan Perpaduan

Pada masa yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan rasa bangga apabila kerajaan di bawah pimpinannya dapat mempertahan dan menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.

“Sejak setahun lalu, kita memantau melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), saya bangga kerana keputusan kita, ikut proses tatakelola, ikut tender, bagi amaran keras, pimpinan tidak boleh guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga.

“Alhamdulillah, seminggu lalu, ditanya laporan SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) serta polis, pimpinan kita dapat pertahan supaya menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah,” ujar beliau.

Syukur Keadaan Politik Negara Kekal Stabil

Dalam pada itu, PM turut menzahirkan rasa syukur sepanjang tempoh pentadbiran beliau selama setahun, politik negara kekal stabil.

Anwar turut mengharapkan agar keadaan seperti itu kekal bagi tempoh empat tahun akan datang atau sehingga pilihan raya yang seterusnya.

Bagi Anwar juga, menjadi pemimpin bukanlah tiket untuk mengaut kekayaan namun perlu berkhidmat sedaya upaya bagi memenuhi amanah yang diberikan.

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Paling Layak Jadi Menteri Kewangan – Rafizi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Satu Menteri Terlibat Dengan Rasuah Sejak Kerajaan Perpaduan Ditubuhkan – Anwar [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.