fbpx
Now Reading
Lagi Kes Hina Agama Islam Dan Nabi Muhammad SAW, Polis Tahan Lelaki Di Machang [Video]
Lelaki persenda agama Islam dan Nabi ditahan polis

Lagi Kes Hina Agama Islam Dan Nabi Muhammad SAW, Polis Tahan Lelaki Di Machang [Video]

Lelaki yang tular rakamannya menghina agama Islam dan Nabi turut dilaporkan positif dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang tular selepas videonya menghina dan mempersendakan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW tersebar di media sosial telah diberkas polis pada Isnin pagi (18 Julai).

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan telah menerima satu laporan pada jam 9.15 pagi, berhubung individu berkenaan yang menghina agama Islam dalam satu rakaman video.

Suspek tidak bekerja dan mengaku muat naik video hina agama dan nabi

Jelasnya, lelaki yang berumur 35 tahun yang merupakan seorang pengganggur telah ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang semasa serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pilai Chondong, Machang, dilakukan pada jam 11.30 pagi tadi (18 Julai).

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Positif dadah jenis methaphetamine

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan seta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” jelasnya.

Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek pada hari esok (19 Julai).

Terdahulu penularan video tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang mahukan suspek agar ditahan dan dikenakan tindakan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.