fbpx
Now Reading
Pemangku Raja Pahang Mohon Maaf Terlewat 2 Jam, Mohon Polis Henti Siasat Noor Jehan

Pemangku Raja Pahang Mohon Maaf Terlewat 2 Jam, Mohon Polis Henti Siasat Noor Jehan

Pemangku Raja Pahang itu juga meminta agar pihak polis melepaskan Pengerusi MNS Pahang itu dan membiarkan dia bersendirian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon maaf kepada Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang yang dipanggil polis semalam kerana didakwa menghina baginda menerusi ciapan dalam Twitter yang kini sudah dipadam.

Tengku Hassanal yang tampil menerusi satu muat naik di IG Story menyampaikan pesanan peribadinya kepada Pengerusi MNS Pahang, Noor Jehan Abu Bakar, di atas kelewatan selama dua jam untuk menghadiri majlis tersebut.

Tengku Hassanal mohon maaf kerana lewat menghadiri majlis

“Saya memohon maaf yang setulus-tulusnya kerana lambat menghadiri majlis tersebut. Saya tidak sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk keselamatan semua orang. Saya sangat menghargai masa dan keprihatinan anda, terima kasih.”

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Berkongsi laporan media mengenai kes Noor Jehan yang ditahan polis, Tengku Hassanal turut memaklumkan yang beliau baru mengetahui tentang perkara itu.

Tengku Hassanal turut memohon agar pihak polis dapat melepaskan dan membiarkan Noor Jehan bersendirian.

“Tolong jangan buat drama” – Tengku Hassanal

“Saya baru tahu tentang hal ini, saya dah beritahu polis untuk biarkan dia bersendirian, tolong jangan buat drama.”

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi MNS Pahang telah dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat atas dakwaan menghina Pemangku Raja Pahang dalam satu ciapan di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan 500(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan berunsur fitnah serta Seksyen 233 Multimedia dan Akta Komunikasi 1998.

Pertuduhan pertama membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua yang membabitkan penyalahgunaan rangkaian komunikasi membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.