fbpx
Now Reading
Seorang Lelaki Dijumpai Maut, Akibat Terkena Panahan Petir

Seorang Lelaki Dijumpai Maut, Akibat Terkena Panahan Petir

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh itu, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mayat mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Punca kematian seorang lelaki yang dijumpai terbaring di belakang lorong sebuah pasar raya di Taman Sri Layang, Mentakab pada Selasa lalu (26 Julai) disahkan akibat terkena panahan petir.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, punca kematian mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disahkan berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan pada Rabu lalu.

Menurut Mohd Azhar, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kesan panahan petir pada sebatang pokok yang terletak kira-kira tiga meter dari tempat mayat itu ditemui.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan unsur jenayah sebagaimana didakwa sesetengah pihak. Justeru orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini.”

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa mayat mangsa yang ditemui orang awam kira-kira jam 10.30 malam pada Selasa sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Tambahnya, pihak polis yang bertindak atas maklumat yang diberikan telah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan mendapati mayat seorang lelaki sedang terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, untuk proses bedah siasat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.