fbpx

“Bangsa Kita, Agama Kita” – Tun M Bakal Tubuh Gagasan Berteraskan Agenda Melayu & Islam

Dr Mahathir menyampaikan ucapan selepas menunaikan Solat Hajat dan Doa Selamat bersama parti-parti gagasan baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menubuhkan satu gagasan baharu yang berteraskan agenda Melayu dan juga Islam.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahankan Negara.

Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara

“Ini merupakan suatu kumpulan Orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau menyampaikan ucapan itu setelah selesai menunaikan Solat Hajat dan Doa Selamat bersama parti-parti gagasan baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya (3 Ogos).

Barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) turut hadir bersama dalam majlis tersebut.

Sementara itu, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya, gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.