fbpx
Now Reading
Kes Rasuah : Bung Mokhtar & Zizie Izette Diarah Bela Diri

Kes Rasuah : Bung Mokhtar & Zizie Izette Diarah Bela Diri

Bung Moktar didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan FELCRA untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (2 September) mengarahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk membela diri terhadap tuduhan rasuah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Perkara itu diputuskan Hakim Rozina Ayob selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44.

Rozina sewaktu penghakiman berkata, mahkamah membuat keputusan hasil penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan, lapor Berita Harian.

Beliau turut memberi tiga pilihan kepada pihak pembelaan dalam proses membela diri iaitu mendiam diri, memberi keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh atau memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Pihak pembelaan kemudiannya memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Bung Moktar juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan dari ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.

Dia didakwa berbuat demikian di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.

Selain itu, Bung juga mengaku tidak bersalah menerima rasuah berupa wang tunai RM335,500 daripada Norhaili, di bawah nama Zizie Izette atas alasan sama juga di Public Bank cawangan Taman Melawati pada 19 Jun 2015.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.