fbpx
Now Reading
Polis Siasat Video Tular Wanita Bawa Anak Main ‘Flying Fox’ Di Kuala Kubu Bharu
Wanita bawa anak main flying fox

Polis Siasat Video Tular Wanita Bawa Anak Main ‘Flying Fox’ Di Kuala Kubu Bharu

Perkongsian video itu sebelum ini telah mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakannya adalah berbahaya kepada si kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti outdoor merupakan satu aktiviti yang seronok untuk dilakukan terutama jika bersama keluarga atau rakan-rakan.

Namun tidak semua aktiviti outdoor sesuai dilakukan bersama anak kecil khususnya sukan lasak yang berbahaya.

Atas faktor keselamatan, banyak aktiviti sebegini yang melarang penyertaan anak kecil di mana mereka sekurang-kurangnya perlu melepasi had ketinggian untuk dibenarkan bermain sukan tersebut.

Tular video wanita main flying fox bawa anak kecil

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan aksi seorang wanita yang sedang bermain flying fox sambil mendukung anaknya yang masih kecil di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Perkongsian video itu secara tidak langsung telah mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakannya adalah berbahaya kepada si kecil.

Malah menerusi video yang dikongsikan oleh @My_CrimeWatch di Twitter dapat dilihat wanita berkenaan tidak memakai topi keledar keselamatan semasa aktiviti itu dilakukan.

Polis terima laporan, buka siasatan

Berikutan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung video berkenaan pada 13 November lalu.

“Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan berhubung video tular memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak yang berbahaya (flying fox) sambil memegang anak dengan mengabaikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.”

Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006

Tambah beliau kes kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 terhadap individu yang terlibat.

“Sementara itu, pihak PDRM meminta agar ahli masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular,” jelasnya.

Orang ramai punya maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu terbabit boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan pihak polis, sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223.

“Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016, kesalahan pengabaian keselamatan terhadap kanak-kanak ini boleh didenda tidak lebih lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.