fbpx
MCMC dan PDRM panggil pengurusan TikTok

MCMC & PDRM Panggil Pengurusan TikTok Untuk Beri Penjelasan Isu Video Provokasi Berbayar

Menurut MCMC pihaknya bersama dengan PDRM akan sentiasa mempertingkatkan usaha dalam mengekang dari video sedemikian terus tersebar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular di media sosial berhubung beberapa video yang dikatakan menimbulkan provokasi di aplikasi TikTok.

Perkara itu, secara tidak langsung telah membuatkan ramai pengguna berasa kurang senang kerana berpandangan ia boleh mengganggu keharmonian negara.

MCMC & PDRM panggil pengurusan TikTok untuk buat penjelasan

Susulan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak untuk memanggil pihak pengurusan TikTok untuk tampil memberikan penjelasan berhubung video tersebut.

Menurut MCMC, pihaknya terus memantau penyebaran klip video berbaur provokasi yang tular di aplikasi itu berhubung tiga rakaman mengenai amaran rusuhan 13 Mei 1969 yang dikatakan merupakan kandungan berbayar.

“Penyebaran kandungan berbaur provokasi itu dengan niat untuk mencetuskan ketidakharmonian, kebencian, prejudis dan perasaan orang lain, adalah merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Sebaran penyebaran kandungan video sedemikian merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal-ehwal berkaitan agama dan kaum,” ujarnya.

Demi ketenteraman awam MCMC & PDRM akan terus berusaha kekang video sedemikian dari tersebar

Dalam pada itu, MCMC dan PDRM turut akan mempertingkatkan usaha mereka dalam mengekang penyebaran video-video yang akan menganggu ketenteraman awam.

Oleh itu bagi memastikan kandung atau konten sedemikian tidak disebarkan MCMC telah menyediakan beberapa langkah untuk diikuti oleh orang ramai:-

  • Jangan kongsi dan sebar
  • Jangan panjangkan kandungan tersebut ke platform media sosial yang lain
  • Jika menerima kandungan mengandungi hasutan, provokasi atau mengina agama, Institusi Raja dan perkauman, segera laporkan kepada MCMC melalui:
    • Portal aduan MCMC
    • Talian aduan 1800-188-030
    • WhatsApp di 016 2206 262
    • E-mel di aduanskmm@mcmc.gov.my
    • Salurkan maklumat atau laporkan berita palsu menerusi pautan.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.