fbpx

“Seorang Muslim Diharamkan Guna Gelaran ‘Priest’ Pada Nama” – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut PMWP, orang Muslim juga dilarang melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan tomahan terhadap diri sendiri dan agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang juga producer dan penyanyi menggelar dirinya sebagai ‘Moslem Priest’.

Pemilihan nama komersial oleh selebriti kelahiran Kuala Lumpur itu menyebabkan dia dikecam hebat oleh pengguna media sosial.

Malah ramai mempersoalkan tujuannya menggunakan gelaran ‘Priest’ memandangkan penyanyi bernama Farhan Yassin Mahiaddin itu seorang Muslim dan sentiasa tampil dengan imej bersongkok.

Umat Islam diharamkan guna gelaran ‘priest’

Terbaharu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyatakan umat Islam diharamkan menggunakan gelaran ‘priest’ pada nama kerana ia merupakan suatu gelaran yang sinonim dengan agama Kristian.

“Hal ini demikian kerana terdapatnya larangan yang mengharamkan seorang muslim meniru syiar agama lain,” tulis PMWP menerusi artikel di laman sesawangnya.

Dilarang lakukan sesuatu yang boleh timbulkan fitnah dan tomahan

Jelas PMWP lagi, orang Muslim juga dilarang melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan tomahan terhadap diri sendiri dan agama Islam.

Tambahnya, gelaran priest merujuk kepada seorang paderi yang melaksanakan tugas-tugas keagamaan bagi gereja Kristian.

“Justeru, kami berpandangan bahawa seorang Muslim itu tidak boleh menggunakan gelaran ‘priest’ pada nama mereka.

“Hal ini berdasarkan tegahan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang melarang umat Islam daripada menyerupai atau meniru orang kafir (tasyabbuh bil kuffar) dari sudut identiti, lambang atau syiar mereka,” tulisnya lagi.

Daripada Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.”

Imam Ibn Hajar al-Haitami

Ujarnya, menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami, jika seseorang itu meniru syiar orang kafir dengan niat untuk menyerupai mereka, maka dia menjadi kafir, namun jika dia tidak meniatkan demikian, dia tidak jatuh kafir, namun dia tetap dianggap berdosa.

Selain itu, Islam juga mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.