fbpx
Now Reading
Wanita Buat Laporan Polis, Dakwa Anak Didorong Masuk Islam Oleh Cikgu

Wanita Buat Laporan Polis, Dakwa Anak Didorong Masuk Islam Oleh Cikgu

Wanita tersebut mendakwa seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun untuk memeluk agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita bertindak membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati apabila seorang guru telah mendorong anak lelakinya untuk memeluk agama Islam.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan itu dibuat oleh seorang wanita tempatan pada Selasa (7 Februari) sekitar jam 10.21 pagi.

“Wanita tersebut melaporkan, seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam.

“Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (9 Februari).

Polis buka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan

Zam Halim berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Jelasnya lagi, pihak polis sedang melakukan siastan berhubung kejadian terbabit dan telah merakam percakapan beberapa orang saksi.

“Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” ujarnya lagi.

Anak kongsi perbualan WhatsApp grup kepada ibunya

Dalam pada itu MalaysiaKini, melaporkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Vasan mendakwa dia mula menyedari tentang insiden tersebut selepas anaknya berkongsi perbualan WhatsApp grup.

“Apabila saya meneliti mesej itu, saya terlihat cikgu itu memberitahu anak saya bahawa anak saya bahawa jika dia mahu menyertai pasukan bola sepak kebangsaan, dia perlu menganut agama Islam.

“Dia kemudiannya mendorong anak saya untuk bertukar agama bahkan meminta rakan sekelas untuk memberi cadangan nama Islam kepadanya,”

Vasan kemudian berkongsi kepada media salinan perbualan mesej tersebut.

Dakwa wanita ini lagi, anaknya mendedahkan guru berkenaan sudah mula berdakwah tentang Islam sejak enam bulan yang lalu.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.