fbpx
Now Reading
Pegawai Bank Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan Hingga Menyebabkan Bank Rugi RM563K
Polis tahan pegawai bank guna kad kredit

Pegawai Bank Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan Hingga Menyebabkan Bank Rugi RM563K

Pegawai bank tersebut turut direman selama empat hari bermula semalam (28 Februari) hingga 3 Mac.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga pegawai pemasaran bank tempatan ditangkap pihak polis selepas dipercayai menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohanan kad kredit demi kegunaan sendiri tanpa pengetahuan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid memaklumkan suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan di Jinjang, Kuala Lumpur pada jam 2.45 petang, 27 Februari yang lalu.

Pegawai bank guna 18 kad tanpa pengetahuan pelanggan

“Pihak bank berkenaan telah mengalami kerugian sehinga RM563,422.16 berikutan daripada penggunaan 18 keping kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

“Polis dari bahagaian siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Perak telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu),” katanya.

Beberapa barangan kes dirampas oleh pihak polis

Hasil dari tangkapan tersebut polis turut merampas beberapa barangan kes seperti sebuah telefon bimbit jenama Nokia, 16 keping kad kredit milik pelanggan, 15 keping simkad telefon.

Suspek kemudian direman selama empat hari mulai 28 Februari hingga 3 Mac dan siasatan masih diteruskan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.