fbpx
Now Reading
JKNJ Sahkan Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Di Kluang Bukan Kerana Strok Haba
budak 12 tahun meninggal dunia bukan sebab strok haba

JKNJ Sahkan Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Di Kluang Bukan Kerana Strok Haba

Menurut Pengarah JKNJ, sebab kematian kanak-kanak berkenaan adalah Septic Shock secondary to Meningoencephalitis dan tidak berkaitan dengan strok haba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (2 Mei), media ada melaporkan tentang kejadian kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dunia yang disyaki kerana strok haba.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Airiel Syahren itu mengalami simptom seperti demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak serta meracau sebelum dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Susulan tular berita tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kemudian diminta untuk membuat siasatan berhubung kes melibatkan kanak-kanak berkenaan, lapor Berita Harian.

Kanak-kanak bukan meninggal sebab strok haba

Terbaharu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia bukanlah disebabkan strok haba.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, memaklumkan kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad disebabkan sawan kerana mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan dalam media.

“JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya.

Memetik laporan MyHealth, meningoencephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak serta selaput otak. Kegagalan fungsi otak boleh bermula seperti pesakit mengalami demam selesema, sakit kepala, hilang kewarasan fikiran, sawan dan juga koma.

Ucap takziah kepada keluarga mangsa

JKNJ dalam masa sama, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di atas pemergian kanak-kanak terbabit.

Untuk makluman, strok haba boleh berlaku disebabkan keadaan cuaca di kawasan sekeliling yang panas. Situasi ini juga boleh menyebabkan suhu badan seseorang meningkat hingga mencecah kepada 40°C atau lebih.

Antara simptom seseorang mengalami strok haba adalah demam panas, percakapan tidak jelas, kulit panas, kering dan radang, sakit kepala dan lain-lain.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.