fbpx
Now Reading
Berang Diganggu Ketika Tidur, Lelaki Tetak Rakan Sampai Mati Di Johor

Berang Diganggu Ketika Tidur, Lelaki Tetak Rakan Sampai Mati Di Johor

Kejadian disedari oleh empat rakan mangsa yang duduk dalam bilik berasingan kira-kira pukul 8 pagi sebelum majikannya menghubungi polis pada pukul 10 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahap kesabaran setiap manusia itu pastinya mempunyai had, jika pertimbangan sudah hilang, pasti seseorang itu mampu bertindak di luar kawalan.

Lebih parah lagi, ada yang gagal mengawal diri kerana terlalu marah sehingga sanggup membunuh tanpa berfikir panjang.

Lelaki warga Bangladesh tetak rakan sampai mati kerana diganggu ketika tidur

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga Bangladesh di Johor apabila dia dalam keadaan berang telah menetak rakan sebiliknya dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga maut di sebuah kediaman di Flat Haji Manan, Kluang.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi semalam itu (12 Disember), suspek yang dikenali sebagai Miah Juwel, 27, bertindak demikian kerana berang diganggu mangsa ketika sedang tidur.

Kejadian hanya disedari empat lagi rakan serumah yang duduk di bilik berasingan

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian disedari oleh empat rakan mangsa yang duduk dalam bilik berasingan kira-kira pukul 8 pagi sebelum majikannya menghubungi polis pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, mangsa Mohammad Sobuj, 28, yang tinggal sebilik dengan suspek ketika ditemui mengalami kecederaan parah di leher serta kepala selain berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah tingkat 3, Blok L, Flat Haji Manan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

“Suspek kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap di Jalan Nyior berhampiran Taman Gunung Selatan Empat, Kluang kira-kira pukul 4.45 petang tadi,” katanya dipetik Kosmo.

Foto: PDRM via Kosmo
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.