fbpx
Now Reading
4 Sekeluarga Dilapor Hilang, Kini Selamat Pulang Ke Kluang

4 Sekeluarga Dilapor Hilang, Kini Selamat Pulang Ke Kluang

Terdahulu, media melaporkan empat sekeluarga dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi selepas bercuti ke Pulau Perhentian pada hujung minggu yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (2 Oktober), kecoh di media sosial berhubung kes kehilangan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang selepas bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Kes kehilangan empat individu itu dikongsikan sendiri oleh ahli keluarga berkenaan menerusi pemilik akaun Facebook bernama Ah Pek yang memohon bantuan orang ramai untuk mencari ahli keluarganya.

Difahamkan, ibu mentua, adik lelaki dan dua orang anaknya dikatakan hilang selepas bercuti ke pulau peranginan tersebut.

Malah, mereka juga tidak dapat dihubungi sejak Sabtu lalu (30 September) hingga ke hari ini (3 Oktober).

Ekoran daripada ini juga, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut, Terengganu semalam (2 Oktober).

Mungkin jarang aku nk mintak tolong,tapi kali ni aku betul2 perlukan pertolongan. 0173360049 no sy untuk call Mak…

Posted by Ah Pek on Monday, 2 October 2023

Ahli Keluarga Telah Selamat Pulang

Terbaharu, menerusi hantaran terkini yang dibuat oleh Ah Pek pada jam tiga petang tadi, dia telah memuat naik berita gembira memaklumkan bahawa empat ahli keluarganya yang dilaporkan hilang sebelum ini telah selamat ditemui.

“Alhamdulillah ibu mentua, adik ipar lelaki dan dua anak saya telah selamat dijumpai,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Dalam hantaran itu juga, dia turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang ramai yang sama-sama membantu mencari ahli keluarganya itu.

“Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai.

“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan (polis).

“Yang bahawasanya kes sudah selesai. Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan, menyampaikan.

“Semoga tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulillah syukur,” tulisnya lagi menerusi hantaran itu.

Alhamdulilah ibu mertua,adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua…

Posted by Ah Pek on Tuesday, 3 October 2023

Polis Sahkan Kes Selesai

Mengulas lanjut, polis telahpun mengesahkan bahawa empat individu yang hilang di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu telah selamat pulang ke Kluang, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad, pihaknya telah menerima maklumat daripada ahli keluarga bahawa keempat-empat individu itu telah selamat pulang.

Susulan daripada itu, kes kehilangan empat individu ini dianggap telah selesai.

Terdahulu, media melaporkan empat sekeluarga dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi selepas bercuti ke Pulau Perhentian pada hujung minggu yang lalu.

Menurut Abdul Rozak Muhammad, wanita yang dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani dari Kluang, Johor dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Mohamad Aiman Mohd Rafee serta dua cucu, Sasa Alesha dan Ahmad Dhani Mohd Saiful tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lalu (30 September).

Hasil semakan mendapati, kesemuanya telah keluar dari pulau peranginan tersebut. Usaha mengesan empat individu ini diteruskan sebelum kempat-empat individu berkenaan disahkan selamat pulang ke rumah di Kluang, Johor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.