fbpx
Now Reading
Jawatankuasa Aduan Pantau Salah Laku Kakitangan SPRM

Jawatankuasa Aduan Pantau Salah Laku Kakitangan SPRM

Menurut Pengerusi JKA SPRM Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin, JKA merupakan satu daripada lima badan pemantau bebas yang dilantik melalui Akta SPRM 2009.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap aduan salah laku yang diterima oleh unit integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) membabitkan kakitangan agensi itu dipantau Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM secara berkala setiap tiga bulan.

Menurut Pengerusi JKA SPRM Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin, JKA merupakan satu daripada lima badan pemantau bebas yang dilantik melalui Akta SPRM 2009.

Ia berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang dalam memantau pengendalian oleh Suruhanjaya ke atas aduan mengenai salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya.

Jelasnya sebagai langkah tambahan dalam memperkasakan integriti, bahagian pencegah rasuah itu telah menubuhkan Cawangan Hal Ehwal Dalaman (CED) di bawah BCP pada Jun tahun lepas untuk menyiasat kes-kes jenayah rasuah pegawai SPRM di bawah Akta SPRM 2009.

SPRM juga harus dilihat bersih dan mempunyai anggota yang mempunyai integriti tinggi dan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku. 

SPRM pupuk sifat integriti dan tatakekola dalam setiap anggota

Tambah beliau, SPRM telah menjalankan peranannya bagi memupuk sifat integriti dan tatakelola yang baik dalam diri setiap anggotanya.  

Selain itu, SPRM juga telah mewujudkan Unit Agama dan Kaunseling yang merupakan satu langkah proaktif bagi memberi sokongan kepada anggotanya dari segi moral untuk melaksanakan tugas.

“SPRM juga menunjukkan keseriusan dalam memastikan SPRM bebas dari dadah dan bahan terlarang seperti ketum melalui Arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan hukuman tatatertib termasuk buang kerja,” katanya dipetik dari Bernama.

Menurut Asariah lagi, bagi pengambilan pegawai-pegawai baharu, pihaknya telah melaksanakan tapisan yang ketat termasuklah melakukan ujian ‘urine test’ dan mengesan penipuan melalui ujian ‘poligraf’ bagi memastikan mereka yang benar-benar mempunyai potensi dan berintegriti dipilih untuk menyertai SPRM.

SPRM ambil tindakan tatatertib terhadap 23 pegawai sepanjang 2020-2023

Dalam pada itu, bagi tempoh dari tahun 2020 sehingga 2022, SPRM telah mengambil tindakan tatatertib ke atas 23 pegawai yang didapati terlibat dalam kes seperti salah laku, cuai, tidak hadir bertugas dan terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan etika SPRM. 

Daripada jumlah berkenaan, 10 daripadanya dibuang kerja dan majoriti yang dikenakan tindakan tatatertib merupakan anggota baharu SPRM yang berkhidmat di bawah tujuh tahun

Tegas Asariah lagi, meskipun jumlah yang dibuang kerja adalah kecil dan tidak membimbangkan, iaitu 0.3% daripada jumlah keseluruhan anggota SPRM seramai 2,800 orang, namun ia tidak harus dipandang ringan kerana masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap SPRM.

Sebagai info, memetik dari laman JKA, jawatankuasa ini dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.

Keanggotaan Jawatankuasa Aduan bagi Sesi 2021-2024 adalah seperti berikut:
  • Datuk Dr Asariah binti Mior Shaharuddin (Pengerusi)
  • Datuk Dr. Tam Weng Wah
  • Datuk Mohtar bin Mohd Abd Rahman
  • Prof. Datuk Noor Aziah binti Hj. Mohd Awal
  • Datuk Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.