fbpx
Now Reading
Hajat Tak Kesampaian, Lelaki Maut & Kekasih Cedera Parah Dalam Kemalangan Selepas Beli Cincin Tunang

Hajat Tak Kesampaian, Lelaki Maut & Kekasih Cedera Parah Dalam Kemalangan Selepas Beli Cincin Tunang

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Mazda hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan dinaiki Aliff Hafizzudin dan Nuralifah Ilyana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hajat sepasang kekasih untuk melangkah ke alam pertunangan tidak kesampaian apabila kedua-duanya terlibat dalam satu kemalangan maut.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 105, Jalan Kuantan-Terengganu berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh pada 11.00 malam hari Sabtu (13 Mei)

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, 24, maut manakala bakal tunangnya, Nuralifah Ilyana Azman, 21, mengalami kecederaan parah.

Foto: Facebook/Ely Azman

Mazda hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV jenis Mazda dinaiki pasangan suami isteri secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

Kata Hanyan Ramlan, MVP itu kemudiannya merempuh kereta jenis Proton Wira yang dinaiki kedua-dua mangsa.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta dinaiki pasangan kekasih tersebut terbalik dan mereka tersepit di dalam kenderaan terbabit.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba sebelum Nuralifah Ilyana dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya dipetik Kosmo kelmarin.

Nuralifah dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut

Jelasnya lagi, Nuralifah kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut manakala mayat Muhammad Alif pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.