fbpx
Air kelantan

Tular Notis Ahli Lembaga Dapat Sagu Hati RM10K, Syarikat Air Kelantan Diminta Beri Penjelasan

Menurut notis tersebut, sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada ahli lembaga pengarah sebagai saguhati Hari Raya Aidilfitri dan RM200 untuk kakitangan manakala RM2,000 kepada setiausaha.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial notis dari syarikat Air Kelantan Sdn Bhd yang memberi cadangan untuk memberi ‘Sagu hati Hari Raya Aidilfitri’ kepada beberapa individu terpilih.

Sagu hati itu dipercayai akan diberikan kepada ahli lembaga pengarah syarikat, kakitangan dan juga setiausaha sehingga ia mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

Ini kerana, sebelum ini terdapat isu bekalan air di negeri tersebut ketika musim perayaan berlangsung.

Air Kelantan Sdn Bhd dan kerajaan negeri diminta tampil beri penjelasan

Susulan dari penularan notis tersebut, beberapa pihak menuntut syarikat air berkenaan dan kerajaan negeri untuk membuat penjelasan.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, syarikat induk pengendali bekalan air terbabit perlu memberi penjelasan mengenai kesahihan notis tersebut

Jika notis sahih bermaksud tiada langkah positif dilakukan kerajaan negeri

Menurut Dr Rosli sekiranya benar dan sahih itu bermakna tidak ada langkah positif yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menjadi menteri sebelum ini.

Jelas pemimpin PKR itu lagi, sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man telah dianggap menjadi asas perubahan pentadbiran AKSB dalam usaha mereka membaiki perkhidmatan bekalan air di Kelantan.

“Kita menggesa AKSB mengesahkan adakah surat tersebut sahih dan menjelaskan rasional pemberian sagu hati itu, sama ada sepadan dengan pencapaian serta sasaran syarikat terbabit membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat kelantan,” ujarnya, dipetik Malaysiakini.

Difahamkan, akhbar terbabit sudah mengemukakan soalan dan masih menunggu jawapan daripada pihak AKSB.

Notis didakwa dikeluarkan oleh AKSB untuk memaklumkan pemberian sagu hati Aidilfitri

Terdahulu, seorang individu iaitu Wan Mahussin Wan Zain mendedahkan notis tersebut menerusi Facebook miliknya sebelum ia menjadi sohor dan turut dikongsikan di aplikasi grup WhatsApp.

Menerusi notis tersebut ia turut memaklumkan sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat manakala RM200 pula untuk semua kakitangan.

Selain kakitangan bagi setiausaha syarikat AKSB pula RM2,000 akan diberikan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang didakwa curi air dari pili bomba

Perkara itu didedahkan sekitar dua minggu lalu selepas media melaporkan bagaimana Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailan Mohd Yusoff didakwa mencuri air dari pili bomba untuk diberikan kepada penduduk setempat.

Ahli parlimen itu bagaimanapun telah menafikan perkara terbabit, dan seorang kontraktor juga didenda apabila mengaku bersalah kerana mengambil air dari pili bomba di Rantau Panjang tanpa mendapat kebenaran.

Dalam pada itu, Exco Kerja Raya Infrastruktur dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor ketika dihubungi tidak mahu mengulas berhubung perkara tersebut.

“Saya tiada komen. Biarlah benda dah viral nak buat macam mana,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.