fbpx
Now Reading
Sagu Hati Kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB Adalah Prosedur Biasa – Dewan Pemuda PAS Kelantan

Sagu Hati Kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB Adalah Prosedur Biasa – Dewan Pemuda PAS Kelantan

Menurut Mohamad Kamal, sagu hati kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan Air Kelantan adalah untuk menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial tentang notis yang dipercayai dikeluarkan oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang ingin memberi sagu hati kepada ahli lembaga pengarah, kakitangan, dan juga setiausahanya.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan masyarakat kerana ketika musim raya yang lalu terdapat isu bekalan air di Kelantan.

Malah, syarikat dan juga kerajaan negeri terbabit diminta untuk memberikan penjelasan berhubung notis yang sohor di media sosial itu.

Baca artikel berkaitan: Tular Notis Ahli Lembaga Dapat Sagu Hati RM10K, Syarikat Air Kelantan Diminta Beri Penjelasan

Prosedur memberi sagu hati kepada ahli lembaga pengarah adalah biasa

Terbaharu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed menyatakan bahawa pemberian sagu hati setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah AKSB adalah prosedur yang biasa.

Menurutnya, dokumen sulit yang disebar secara tidak wajar itu untuk memberikan persepsi negatif kepada syarikat air negeri berkenaan.

“Pertama walau pun dokumen bertahap sulit dan hanya boleh dicapai oleh segolongan orang tertentu sahaja tetapi ia kini telah disebar secara tidak wajar untuk tujuan memberikan persepsi negatif terhadap AKSB.

“Kedua adalah menjadi prosedur biasa sagu hati setahun sekali diberikan kepada ahli lembaga pengarah sebagai menghargai kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan dasar kepada pihak pengurusan,” tulisnya di Facebook.

Sebahagian dari ahli lembaga pengarah terdiri daripada ahli profesional

Jelas Mohamad Kamal, sebahagian besar lantikan ahli lembaga iaitu tujuh daripada sembilan dari mereka adalah ahli profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air, malah mereka tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.

Bagi isu perbandingan jumlah sagu hati kepada kakitangan pula ia tidak berbangkit kerana sebelum isu ini menjadi tular, langkah penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat terbabit untuk kebajikan pekerja ketika Hari Raya sama seperti penjawat awam lain.

“Keempat, jikalah orang PAS sejahat mereka yang menyebarkan dokumen sulit dan berniat memburukkan kerajaan, boleh sahaja didedahkan bayaran-bayaran one off bersifat setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah GLC Persekutuan yang bukan sedikit juga jumlahnya termasuk syarikat air negeri-negeri.

“Kelima, saya masih optimis dengan tatakelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga melibatkan soal integriti termasuk tindakan mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan.”

Minta AKSB siasat siapa yang bocorkan dokumen sulit

Beliau juga dalam masa sama turut meminta agar pihak AKSB untuk menyiasat berhubung kebocoran dokumen berkenaan dalam kalangan kakitangan dan membawa individu berkenaan kemuka pengadilan disebabkan tindakan menyebarkan prosedur dalaman kepada awam.

“Dokumen sulit itu adalah dokumen yang dikelaskan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.