fbpx
Now Reading
Tular Kemalangan Langgar Motosikal, Pemandu Viva Dakwa Lampu Masih Kuning [Video]

Tular Kemalangan Langgar Motosikal, Pemandu Viva Dakwa Lampu Masih Kuning [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (12 Jun), tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta melanggar motosikal di satu kawasan persimpangan lampu isyarat dipercayai di Ipoh.

Difahamkan, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan di dagu dan dan jari kiri selain patah tangan dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, jam 8.16 pagi itu.

Manakala pemandu kereta jenis Perodua Viva yang juga seorang wanita berusia 73 tahun itu pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 1.52 petang dan didapati rakaman kemalangan telah tular di laman media sosial hingga mendapat perhatian umum.

Kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah

Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR).

“Ketika kejadian kereta itu datang dari arah Kampung Simee dan semasa melalui lampu isyarat telah bergesel dengan motosikal dari arah bertentangan yang mahu membelok ke kanan.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan patah tangan dan luka di beberapa anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu dakwa ketika kejadian lampu isyarat masih kuning

Menurutnya lagi, pemandu wanita itu mendakwa ketika kejadian lampu isyarat masih kuning menyebabkan dia tidak berhenti.

Berkongsi lanjut, Yahaya berkata pihak polis telah membuka satu kertas siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan keadaan sekeliling dan mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan untuk mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

Tular video Viva langgar lampu isyarat langgar motosikal

Terdahulu, tular di laman Facebook satu video yang memaparkan sebuah kereta Perodua Viva memecut laju melanggar lampu isyarat merah.

Sebuah motosikal yang datang dari arah tepi tidak sempat mengelak sebelum dilanggar oleh pemandu kereta tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.