fbpx
Now Reading
Gara-Gara Ditegur Membuat Bising, Anak Sanggup Kapak Ibu Sehingga Mati

Gara-Gara Ditegur Membuat Bising, Anak Sanggup Kapak Ibu Sehingga Mati

Suspek yang ditahan kemudiannya didapati mempunyai rekod psikiatrik lampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki tergamak bertindak kejam apabila menetak leher serta kepala ibunya beberapa kali sehingga menyebabkan wanita itu maut, hanya kerana berang ditegur membuat bising di sebuah kediaman di Taman Temiang Utama, Muar, Johor pada malam tadi (18 Jun).

Dalam insiden yang berlaku pukul 8 malam tersebut, mangsa berumur 73 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu kediamannya.

Mangsa tegur anak kerana buat bising sebelum ditetak

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz sebelum ibu suspek ditetak, mangsa dipercayai telah menegur anaknya yang berusia 47 tahun disebabkan membuat bising.

Jelasnya, insiden yang berlaku sekitar pukul 8.20 malam tersebut turut menyebabkan warga emas itu cedera parah di bahagian kepala dan juga leher dipercayai dipukul oleh suspek dengan menggunakan alat senjata tajam.

“Mangsa terbunuh di tempat kejadian iaitu di rumah mereka selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur anaknya itu kerana membuat bising yang menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Ada rekod psikiatri lampau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Individu itu turut didapati mempunyai rekod psikiatri lampau dan kemudian ditahan pihak polis ketika di tempat kejadian.

Tambah beliau lagi, sebilah pisau dapur serta kapak yang disyaki digunakan oleh suspek dalam insiden itu turut dirampas pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.