fbpx
Now Reading
Wanita OKU Maut Dipukul & Diseterika Berkali-kali Selepas Cubit Kanak-Kanak

Wanita OKU Maut Dipukul & Diseterika Berkali-kali Selepas Cubit Kanak-Kanak

Motif pembunuhan disyaki kerana wanita OKU terbabit dipercayai memarahi serta mencubit anak kecil salah seorang suspek yang ditahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dijumpai maut selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu serta diseterika berulang kali di Jalan Serdang Raya, Seri Kembangan pada 21 Januari.

Susulan daripada penemuan mayat wanita berusia 20 tahun tersebut, pihak polis telah bertindak menahan seramai tujuh suspek yang berumur antara 25 hingga 79 tahun di Lembah Klang untuk siasatan lanjut.

Polis tahan tujuh suspek disyaki terbabit kes bunuh wanita OKU

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan polis telah menerima maklumat berhubung kes berkenaan pada jam 12.12 tengah hari dari kakak wanita OKU terbabit.

“Polis menahan empat lelaki dan tiga wanita pada hari yang sama sekitar pukul 4 petang.

“Motif kejadian bunuh disyaki kerana mangsa yang memegang kad OKU (Intelektual) dikatakan memarahi dan mencubit anak salah seorang suspek yang berusia dua dan tiga tahun.

“Mangsa dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badan,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Punca kematian mangsa masih belum diketahui

Kata beliau lagi, bedah siasat mayat sedang dilakukan di Hospital Sultan Idris Shah namun polis buat masa ini masih belum mendapat sebarang keputusan punca kematian mangsa.

Menerusi siasatan awal yang dilakukan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan suspek yang ditahan.

Wanita OKU telah dijaga sejak tiga tahun lepas oleh salah seorang suspek

Namun salah seorang daripadanya telah menjaga mangsa tersebut sejak tiga tahun lepas dengan bayaran RM200 sebulan oleh ibu wanita OKU terbabit.

“Suspek dan mangsa tiada hubungan keluarga, mangsa tinggal di rumah tersebut kerana ibu mangsa telah mengupah salah seorang suspek untuk menjaga mangsa sejak berumur 17 tahun sehingga sekarang dengan bayaran RM200 sebulan.

“Dua suspek lelaki dan dua wanita direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Baki tiga suspek yang berusia 25 hingga 79 tahun dibebaskan dengan jaminan polis,” jelasnya.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden untuk memberikan maklumat atau boleh hubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Rosnani di talian 018 2771866.

Isu dera OKU bukan isu baharu

Kes dera membabitkan OKU bukan satu perkara baharu di negara kita sebelum ini kes adik Bella pernah mengemparkan negara hingga mendapat perhatian banyak pihak.

Keputusan mahkamah berhubung kes penderaan tersebut mendapat reaksi positif dari masyarakat dan menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih peka dan prihatin terhadap nasib golongan OKU.

Malah Siti Bainun telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Baca artikel berkaitan: Isu Kes Dera Adik Bella, JKM Sita Rumah Kebajikan & Tarik Hak Penjagaan 6 Kanak-Kanak

Baca artikel berkaitan: Kes Bella, Siti Bainun Dihukum Penjara 12 Tahun

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.