fbpx
Now Reading
Layan Isteri Dengan Baik, Pasangan OKU Jadi Perhatian Ketika Beli Yong Tau Foo [Video]

Layan Isteri Dengan Baik, Pasangan OKU Jadi Perhatian Ketika Beli Yong Tau Foo [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan suami kepada wanita berkenaan melayan kemahuan isterinya sambil tersenyum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@ytf_albarokah/video/7312835455198760194?_r=1&_t=8iMfUWgw0Ha

Setiap yang sudah berkahwin pastinya ingin membuatkan pasangan mereka bahagia.

Namun bercakap mengenai kebahagiaan ia adalah sesuatu yang subjektif, kerana ada yang merasakan mempunyai suami yang memahami dan hidup dalam kesederhanaan adalah satu perkara yang membahagiakan.

Walau bagaimanapun apa yang lebih penting adalah anda bersama pasangan tidak berputus asa untuk sentiasa berusaha mengembirakan hati antara satu sama lain dan menjaga perkahwinan yang dibina dengan penuh kasih sayang.

Kebahagiaan pasangan suami isteri di gerai Yong Tau Foo tarik perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosil memaparkan kebahagiaan pasangan suami isteri ketika membeli makanan di sebuah gerai menjual Yong Tau Foo di pasar malam Parit Buntar, Perak.

Menerusi video yang dikongsikan oleh gerai Yong Tau Foo Al Barokah di TikTok, awalnya kelihatan suami dan isteri sedang sibuk memilih beberapa jenis makanan untuk hidangan Yong Tau Foo di gerai tersebut.

Ikutkan kehendak isteri, malah layan sambil tersenyum

Namun apa yang menjadi perhatian apabila sang suami hanya mengikut apa yang diinginkan oleh isterinya.

Malah dia siap bertanya makanan yang manakah lagi diinginkan oleh insan dicintainya itu.

Menurut gerai berkenaan kebiasaannya para suami yang datang ke kedai tersebut akan meminta si isteri untuk tidak mengambil berlebihan kerana bimbang jika tidak habis.

“Suka tengok pasangan suami isteri ini, dia akan tanya isterinya ‘nak apa lagi’.

“Selalunya ramai suami akan kata ‘dah lah tu nanti tak habis makan’,” tulisnya dalam video tersebut.

Dalam video itu juga dapat dilihat wajah lelaki berkenaan penuh gembira melayan isterinya sambil tersenyum.

Rupanya mereka pasangan OKU yang sentiasa disenangi ramai

Mengintai di ruangan komen, adik kepada wanita berkenaan memaklumkan bahawa kakak dan abang iparnya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan berdoa agar hubungan mereka sentiasa berkekalan hingga akhir hayat.

Tidak kurang juga terdapat individu yang juga jiran kepada pasangan itu memberitahu nama lelaki berkenaan adalah Roslan Husin manakala isterinya Siti.

Ujarnya pasangan itu belum dikurniakan zuriat dan mempunyai sikap yang sangat baik.

“Pasangan istimewa ni, Roslan Husin dan Siti. Ramah orangnya, semoga mereka dikelilingi insan-insan yang baik”
“Macam suami saya, kami hidup berdua je dah lapan tahun. Belum ada zuriat jadi dia banyak bagi perhatian dekat saya”
“Terharunya, kaya dengan rasa bahagia. Bahagian dengan macam macam-macam cara kan”
“Suami dia senyum je. Allah beruntungnya kakak tu dapat suami yang macam ni. Kita pula berkaca mata bila tengok. Semoga Allah limpahkan rezeki mereka”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.