fbpx
Now Reading
Dua Lelaki Terlibas Kes Pukul Pekerja 7E Sebelum ‘Berselfie’ Sudah Ditahan Polis

Dua Lelaki Terlibas Kes Pukul Pekerja 7E Sebelum ‘Berselfie’ Sudah Ditahan Polis

Semakan polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih, Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 31 tahun dan 32 tahun itu ditahan semalam, 21 jun,

Kedua-dua suspek yang merupakan warga tempatan ditahan oleh Cawangan Jenayah Berat D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di dua lokasi berbeza.

Polis rampas dua telefon bimbit

Seorang dari mereka ditahan di Seremban, Negeri Sembilan manakala satu lagi di Sepang, Selangor.

“Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu, kita turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (21 Jun).

Dua-dua suspek ada rekod jenayah dan dadah

Semakan pihak polis kemudiannya mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian sekitar 5 pagi semalam (20 Jun) mangsa, seorang remaja berusia 18 tahun yang sedang bekerja didatangi suspek tidak dikenali yang ingin membeli minuman.

Namun seorang dari suspek dilihat mengambil tiga batang payung tanpa membuat sebarang bayaran sebelum ditegur mangsa.

Mungkin berang dengan tindakan mangsa, suspek kemudian bertindak memukulnya hingga mengalami kecederaan di muka.

Video insiden turut tular di media sosial hingga menarik perhatian orang ramai.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan apabila suspek bertindak merakam gambar mangsa malah berswafoto dengannya selepas insiden itu berlaku.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.