fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Selfie’ Selepas Pukul Pekerja 7E Didakwa Di Mahkamah

Lelaki ‘Selfie’ Selepas Pukul Pekerja 7E Didakwa Di Mahkamah

Tertuduh, Divagaran Uthaya Sooriyam bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nordiyanah Mohd Nawawi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki hari ini (27 Jun) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bangi atas pertuduhan mencederakan seorang pekerja kedai serbaneka di Semenyih pada minggu lalu.

Divagaran Uthaya Sooriym, yang merupakan seorang penyelia tapak pembinaan bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nordiyanah Mohd Nawawi.

Mengikut pertuduhan, Divagran, 30, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa yang berusia 18 tahun.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbuatan tersebut dilakukannya di 7 Eleven Eco Hill Taipan, Semenyih, pada Selasa lalu (20 Jun) sekitar jam 5 pagi.

Baca artikel berkaitan: Tular Lelaki Belasah Pekerja Serbaneka Di Kajang, Siap Ajak Selfie Selepas Pukul [Video]

Memetik Bernama, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam, Vickneswary Veerasamy.

Siti Nur Liyana menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta satu syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Vickneswari yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya yang masih bujang selain dia perlu menanggung ibu bapanya yang uzur memandangkan dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

“Anak guam saya bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dengan pendapatan tetap antara RM1,500 hingga RM2,000. Selain itu, dia perlu membayar bulanan untuk kereta dan rumah masing-masing RM500. Jumlah jaminan yang tinggi sukar dibiayai oleh keluarga tertuduh.”

Peguam, Vickneswary Veerasamy

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan laporan perubatan.

Terdahulu tular di media sosial video seorang pekerja 7E dipukul hanya kerana menegur suspek yang dilihat mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek dilihat memukul dan menendang mangsa sebelum mengambil selfie (swafoto) bersama mangsa.

Selain video itu, foto swafoto yang diambil oleh seorang lagi suspek bersama mangsa turut tular di media sosial.

Baca artikel berkaitan: Dua Lelaki Terlibas Kes Pukul Pekerja 7E Sebelum ‘Berselfie’ Sudah Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.