fbpx
Now Reading
Penumpang MAS, Firefly & MASwings Kini Dah Tak Perlu ‘Switch Off’ Peranti Elektronik Dalam Pesawat

Penumpang MAS, Firefly & MASwings Kini Dah Tak Perlu ‘Switch Off’ Peranti Elektronik Dalam Pesawat

Kumpulan penerbangan MAG yang terdiri daripada MAS, Firefly dan MASwings merupakan kumpulan syarikat penerbangan pertama yang mendapat kelulusan ini daripada Pihak Perkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, semasa menaiki pesawat, juruterbang pasti akan membuat pengumuman meminta peranti elektronik peribadi/mudah alih (PED) milik penumpang dimatikan atau berada dalam mod penerbangan.

Langkah ini penting kerana jika peranti tidak dimatikan, ia dikatakan boleh mengganggu sistem elektronik sebuah pesawat.

Berita baik buat penumpang bagi Malaysia Airlines (MAS), Firefly dan Masswings. Kini anda tidak lagi perlu menutup peranti elektronik anda semasa pesawat berlepas atau mendarat.

Penumpang Perlu Aktifkan Mod Penerbangan Untuk Menikmati Kemudahan WiFi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi, kumpulan penerbangan MAG yang terdiri daripada MAS, Firefly dan MASwings merupakan kumpulan syarikat penerbangan pertama yang mendapat kelulusan daripada Pihak Perkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kelulusan ini membenarkan sambungan pintu ke pintu menerusi tawaran WiFi percuma kepada penumpang tiga syarikat penerbangan tersebut bermula 1 Julai 2023.

Ini bermaksud penumpang tidak perlu lagi mematikan telefon bimbit terutamanya ketika pesawat hendak berlepas atau mendarat.

“Penumpang tidak lagi perlu mematikan PED mereka semasa pesawat berlepas dan mendarat, seperti yang dikehendaki sebelum ini mengikut keperluan peraturan dan pesawat,” katanya.

Tambahnya lagi, penumpang boleh menikmati keistimewaan ini untuk kekal berhubung menggunakan PED dengan mengaktifkan mod penerbangan pada PED masing-masing.

Tambah Baik Pengalaman Perhubungan Pelanggan

Menurut beliau, langkah ini merupakan antara strategi MAG untuk menambah baik pengalaman dan kesambungan pelanggan.

“Sebagai sebahagian strategi kesambungan kami, MAG secara aktif akan menambah bilangan pesawat yang dilengkapi Wi-Fi bagi menyediakan pengalaman dalam penerbangan lebih baik untuk pelanggan kami yang dihargai,” ujarnya.

Bagi menambah baik mutu perkhidmatan ini, beliau akan membawa pesawat dan teknologi yang baharu bagi tujuan memberikan kecekapan operasi disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.

“Kami akan terus melabur dalam teknologi dan perkhidmatan inovatif untuk memenuhi keperluan yang berubah di samping menyediakan keselesaan buat penumpang sebagai tetamu pesawat kami,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Journify Perkenal Malaysia Airlines MHvacaypass Dengan 9 Destinasi Menarik Untuk Dilawati. 1 Pass Boleh Dapat 2 Perjalanan Pergi-Balik Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Kini Larang Makanan ‘Self Heat’ Dibawa Ke Dalam Pesawat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.