fbpx
Now Reading
BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Menjadi 3.25% Hari Ini – Firma Pelaburan

BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Menjadi 3.25% Hari Ini – Firma Pelaburan

BNM sebelum ini telah menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas menjadi 3.00% pada Mei yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka akan mencatatkan kenaikan sebanyak 25 mata asas menjadi 3.25% pada 5 Julai.

Ramalan itu dibuat oleh sebuah firma pelaburan yang dikenali sebagai OctaFX ekoran daripada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada hari ini (5 Julai).

Kenaikan OPR Dipengaruhi Oleh Perubahan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

Menurut firma tersebut, kenaikan OPR ini dipengaruhi oleh perubahan dalam Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS). Perubahan ini bakal memberi impak kepada pasaran modal dan nilai mata wang negara.

“Susulan daripada pembaharuan Hawkish aretoric dari Rizab Persekutuan AS, ia telah menetapkan peringkat untuk kelemahan ringgit dan kadar faedah semasa AS ialah 5.25 peratus berbanding 3 peratus di Malaysia,” kata firma tersebut.

Ini menyebabkan entiti atau pelabur asing beralih kepada pasaran AS yang dapat memberi pulangan lebih banyak kepada pelaburan mereka.

“Apabila AS menawarkan hasil yang lebih tinggi, entiti asing cenderung menukar aset Malaysia mereka kepada dolar AS dan mengalihkan pelaburan ke pasaran AS,” kata firma itu menerusi satu kenyataan.

BNM Perlu Naikkan OPR, Lindungi Mata Wang Negara

Bagi melindungi mata wang negara daripada jatuh dengan lebih mendadak, maka antara inisiatif yang dapat diambil adalah dengan menaikkan OPR.

“Jika BNM membiarkan kadar itu tidak berubah, kejatuhan ringgit dijangka berlaku dengan lebih cepat yang mana boleh mencapai paras tertinggi beberapa tahun iaitu 4.75,” ujarnya.

Tambah firma itu lagi, inflasi teras telah mengalami penurunan akibat daripada faktor kos sederhana namun MPC menjangkakan keadaan ini akan kekal tinggi akibat permintaan yang mapan.

Malah, faktor luaran juga turut mempengaruhi pasaran kewangan negara apabila pelabur tidak mahu mengambil risiko akibat daripada kenaikan rizab persekutuan AS.

OctaFX menjangkakan pemulihan akan berlaku secara perlahan yang mengakibatkan ringgit menyusut 3.4% berbanding dolar AS.

BNM sebelum ini telah menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas menjadi 3.00% pada Mei yang lalu. Kebanyakan pakar meramalkan kadar ini bakal naik sekali lagi pada awal Julai berdasarkan kepada unjuran perkembangan ekonomi dan juga kadar inflasi.

Kenaikan ini sudah semestinya membimbangkan semua pihak terutamanya individu yang mempunyai pinjaman kerana kos meminjam akan meningkat dan menjadi lebih mahal.

Baca Artikel Berkaitan: BNM Naikkan OPR Kepada 3%

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan OPR, Peminjam Dari Golongan M40 Dan B40 Terkesan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.