fbpx
Now Reading
Misteri Kereta Tersadai Tepi Jalan Terjawab, Rupanya Ada Mayat Berbungkus Dalam Bonet [Video]

Misteri Kereta Tersadai Tepi Jalan Terjawab, Rupanya Ada Mayat Berbungkus Dalam Bonet [Video]

Polis Shah Alam telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk di sebuah kampung digemparkan dengan penemuan satu mayat berbungkus di dalam bonet kereta yang telah tersadai sejak hujung minggu lalu.

Menurut laporan Majoriti, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kampung Jalan Kebun berhampiran Kampung Lombong, Shah Alam, Selangor.

Adik buat laporan polis tentang kehilangan mangsa, dakwa pengguna FB

Perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang pengguna Facebook (FB) dipercayai penduduk kawasan berkenaan yang mendakwa adik kepada mangsa membuat satu laporan polis selepas mendapati kereta dan pemandu terbabit dilaporkan hilang sejak Ahad lalu (2 Julai).

Menurut pengguna FB itu, adik mangsa yang kebetulan mengetahui mangsa ada mengendali sebuah projek di kawasan tersebut telah membuat keputusan untuk mencarinya di lokasi tersebut sebelum menjumpai kereta milik abangnya itu tersadai di bahu jalan.

“Adik mangsa membuka kereta yang berada dalam keadaan tidak berkunci, namun tidak menemui apa-apa.

“Tiba-tiba dia terhidu bau busuk di bahagian bonet kereta dan selepas ia dibuka, dia terkejut melihat bungkusan dipercayai mayat dibungkus dalam plastik hitam dan terus menghubungi orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Mangsa warga Indonesia berusia 47 tahun

Memetik utusan TV, mayat mangsa yang ditemui merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol dalam satu kenyataan berkata, insiden tersebut disedari oleh orang awam pada jam 3.25 petang semalam (4 Julai) selepas terhidu bau busuk dari kereta tersebut.

Semakan pihak berkuasa kemudiannya mendapati kenderaan Honda City berwarna hitam itu didaftarkan atas nama mangsa.

4 Individu ditahan bantu siasatan

Sehubungan itu, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia telah ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Suspek yang masing-masing berusia lingkungan 40-an kemudian direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan (10 Julai).

“Kejadian disyaki bermotifkan cemburu, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” ujarnya.

Jelasnya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bidah siasat dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.