fbpx

Warga Emas Terkandas Di Hospital Madinah Selepas Rawatan, Tiga Beradik Rayu Bantu Bawa Ibu Pulang Ke Malaysia

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu yang dikenali sebagai Zuraini Sapi’n, permohonan Maidam dalam proses manakala sumbangan daripada orang awam setakat ini mencecah RM37,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga beradik di Terengganu buntu memikirkan kekangan kewangan untuk membawa pulang ibu mereka yang kini berada di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi.

Anak kedua daripada tiga beradik itu yang dikenali sabagai Zuraini Sapi’n berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid berusia 62 tahun menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pada 30 April lalu.

Ibu jatuh sakit ketika di Madinah, dimasukkan ke hospital pada 9 Mei lalu

Menurutnya, ibu mereka telah jatuh sakit dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut di Madinah pada 9 Mei lalu.

“Ibu menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan, manakala ahli rombongan umrah lain telah kembali ke tanah air.

“Sepanjang rawatan setakat 6 Julai lalu, bil yang dikenakan mencecah 212,000 Riyal (RM263,679) iaitu 5,000 Riyal (RM6,218) sehari,” katanya dipetik dari Kosmo.

Sudah dibenarkan pulang, namun anak tak mampu jelaskan kos rawatan

Menurutnya lagi, Hasmah sudah dibenarkan pulang selepas 40 hari ditidurkan, namun mereka tidak mampu untuk membayar sebahagian besar kos rawatan ibu mereka.

“100,000 Riyal (RM124,492) telah dibayar menggunakan skim perlindungan insurans, namun baki 112,000 Riyal (RM139,431) lagi masih belum dilunaskan.

“Kami telah berusaha memohon dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan membuat kutipan dana awam di media sosial baru-baru ini,” ujarnya.

Permohonan Maidam dalam proses, sumbangan awam cecah RM37,000 setakat ini

Jelas Zuraini, permohonan Maidam masih dalam proses, manakala sumbangan daripada orang awam pula setakat ini telah mencecah RM37,000.

“Ibu kami semakin murung kerana tinggal bersendirian di dalam wad hospital swasta tersebut sejak dua bulan lalu.

“Kami bimbang ibu kembali jatuh sakit jika semakin lama berada di hospital swasta di Madinah,” ujarnya

Tiga beradik berharap pihak berkuasa bantu urus kepulangan ibu ke Malaysia

Berkongsi lanjut, Zuraini yang berusia 32 tahun itu juga berharap agar pihak berkuasa membantu mereka untuk menguruskan kepulangan ibu tersayang ke tanah air.

Selain Zuraini, Hasmah yang juga ibu tunggal mempunyai dua lagi anak iaitu Zuraida, 42, dan Mohd. Asdi Awang @ Abidin, 28.

Orang ramai yang bersimpati dan sudi menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd. Asdi di talian 014-5182 657.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.