fbpx
Now Reading
43 Ekor Lembu Mati Lepas Minum Air Parit Beracun, Penternak Di Sungai Petani Rugi Hampir RM200,000

43 Ekor Lembu Mati Lepas Minum Air Parit Beracun, Penternak Di Sungai Petani Rugi Hampir RM200,000

Menurut salah seorang penternak, kejadian ini pertama kali berlaku apabia ada ternakan mati akibat minum air dari bukit yang mengandungi racun di ladang tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (12 Julai) empat perternak di Sungai Petani, Kedah mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas 43 ekor lembu milik mereka ditemui mati.

Kesemua 43 ekor lembu itu dipercayai mati selepas minum air parit berdekatan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Toh Pawang, Bedong.

Lembu ditemui mati berdekatan parit kecil

Salah seorang penternak dikenali sebagai K. Thines berumur 35 tahun berkata, kejadian bermula apabila seekor lembu ternakannya ditemui mati berdekatan parit kecil kira-kira pukul 7 malam semalam diikuti seekor lagi lembu selepas sejam kemudian.

“Sehingga hari Sabtu lalu, sebanyak 18 ekor lembu milik saya dijumpai mati dalam keadaan mulut berbuih,” katanya dipetik Kosmo.

JPV sahkan lembu mati akibat terminum racun

Menurutnya, pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah Kuala Muda telah dipanggil untuk membuat pemeriksaan dan siasatan sebelum mengesahkan haiwan berkenaan mati akibat terminum racun.

“Laporan telah dibuat di Balai Polis Bedong mengenai kejadian itu dan kita meminta pihak berkaitan menyiasat lanjut tentang air beracun tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, kesemua 43 ekor lembu itu dibela dalam satu kandang besar dan diasingkan mengikut penternak masing-masing.

Dalam pada itu, seorang lagi penternak dikenali sebagai N. Yugesh berumur 25 tahun berkata, semua ternakan akan dilepaskan untuk makan rumput di kawasan tertentu pada pukul 10.00 pagi sehingga 6.30 petang sebelum dibawa masuk kandang semula.

“Kami dapati semua lembu yang mati itu minum air bukit di parit tersebut tidak jauh dari kandangnya. Kebanyakan lembu yang mati itu termasuk ibu dan anak berusia setahun hingga lima tahun,” ujarnya.

Lembu mati lepas minum air bukit beracun adalah kejadian pertama kali berlaku

Penternak, S. Sammugam pula berkata kejadian ini pertama kali berlaku apabia ada ternakan mati akibat minum air dari bukit yang mengandungi racun di ladang tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kes berkenaan telah dirujuk kepada JPV bagi menunggu siasatan selanjutnya untuk menentukan punca kematian haiwan terbabit,” ujar Zaidy.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.