fbpx
Now Reading
Warga Emas Minta Makanan Selepas Tiga Hari Tersepit Dalam Kereta Di Kedah

Warga Emas Minta Makanan Selepas Tiga Hari Tersepit Dalam Kereta Di Kedah

Menurut anak mangsa, dia dan adik beradiknya yang lain berasa susah hati selepas 50 panggilan tidak terjawab sepanjang kehilangan bapa mereka itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas bernasib baik kerana dipanjangkan umur apabila dia ditemui masih bernyawa pada Jumaat lalu (21 Julai) selepas tiga hari terlibat kemalangan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil berdekatan Taman Chempaka, Kedah.

Mengikut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Che Ishak Shaari, 72, ditemui tidak sedarkan diri setelah tersepit di dalam kenderaan jenis Proton Iswara miliknya.

Bapa sempat beritahu terbabas pada Isnin lalu

Anak mangsa, Mohd. Haidie berusia 46 tahun berkata, bapanya sempat memaklumkan dia terbabas ketika dalam perjalanan ke Kuala Ketil pada pukul 6.10 pagi, 18 Julai lalu (Selasa).

“Dia beritahu lapar kerana tidak jamah sebarang makanan selama empat hari sejak malam Isnin lalu (17 Julai) sebaik tersedar. Dia meminta makanan dan air.

“Bapa saya masih belum pulih sepenuhnya. Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis yang terlibat dalam mencarinya sejak hari pertama dilaporkan hilang,” katanya yang dipetik Kosmo.

Penduduk kampung temui Proton Iswara remuk

Menurutnya, seorang penduduk Kampung Bukit Selambau mengesan sebuah kereta Proton Iswara remuk di kawasan cerun pada Khamis 20 Julai, namun tidak menghampiri kereta itu kerana cuaca gelap.

“Semasa pulang ke rumah, dia terkejut apabila ternampak hantaran di Facebook mengenai pencarian warga emas hilang dan kereta tersebut sama seperti dilihat sebelum itu.

“Lelaki itu menghubungi saya sebelum saya bergegas pulang ke Kedah dari ibu negara. Pada pukul 7.45 pagi, saya pergi ke lokasi berkenaan. Alhamdulillah kami jumpa bapa,” katanya.

Lebih 50 panggilan tidak terjawab selepas bapanya hilang

Menurutnya lagi, sepanjang kehilangan bapanya itu, dia sekeluarga berasa susah hati selepas lebih 50 panggilan telefon tidak dijawab.

Jelas Haidie, dia dan adik beradiknya sering menghubungi bapa mereka kerana duduk berjauhan.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas yang hilang sejak Selasa lalu ditemui tersepit dalam kereta pada pagi Jumaat selepas terlibat kemalangan di kawasan cerun Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil.

Mangsa dari Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil ditemui orang awam pada pukul 7.45 pagi dan mangsa dikatakan mengalami kecederaan patah tangan kiri selain luka pada badan serta kepala.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.