fbpx
Now Reading
2 Mat Rempit Buat Aksi ‘Superman’ Di Lebuh Raya Dicekup Polis

2 Mat Rempit Buat Aksi ‘Superman’ Di Lebuh Raya Dicekup Polis

Menurut PDRM, motosikal yang ditunggang oleh dua suspek berkenaan turut dibawa ke IPD Tapah bagi tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan beberapa penunggang motosikal yang melakukan aksi superman ketika berada di Kilometer 329, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

Menerusi rakaman dashcam terbabit, aksi berbahaya penunggang berkenaan dilakukan ketika berada di laluan kanan dan kiri lebuh raya.

Lebih mencuri tumpuan meskipun sudah dihon oleh kenderaan lain mereka dilihat masih berdegil dengan melakukan tindakan yang sama.

Baca artikel berkaitan: Mat Rempit Dikecam, Dah Kena Hon Pun Masih Buat Aksi Superman [Video]

Dua lelaki buat aksi bahaya ditahan polis

Terbaharu, pihak polis telah bertindak menahan dua lelaki yang melakukan aksi bahaya tersebut pada Isnin (24 Julai).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri memaklumkan dua suspek ditahan secara berasingan di Tanjung Tualang, Batu Gajah, kira-kira jam 11 pagi.

Mengaku buat aksi bahaya seperti video tular di media sosial

Menurut beliau, suspek yang berusia 19 dan 21 tahun itu turut mengakui melakukan aksi bahaya seperti video yang tular di media sosial.

“Tangkapan itu dijalankan selepas kita mengesan rakaman video memaparkan aksi beberapa penunggang motosikal yang menunggang kenderaan secara menunduk dan meniarap.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku semalam pada pukul 1.47 tengah hari ketika pengadu iaitu pemilik kamera papan pemuka kereta sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Jelasnya, ekoran dari tindakan bahaya itu satu laporan polis telah dibuat.

Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kemudiannya telah mengesan dua individu berkenaan yang beralamat di Tanjung Tualang.

Suspek tiada rekod kesalahan lampau

Hasil siasatan yang dijalankan terhadap dua penunggang motosikal berkenaan mereka merupakan penyelenggara mesin sawit serta juruteknik selain tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Suspek dan barang kes iaitu motosikal yang digunakan ketika kejadian dibawa ke IPD Tapah untuk tindakan selanjutnya.”

Permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan hari ini (25 Julai) di Mahkamah Majistret bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikur Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.