fbpx
Now Reading
IJN Duduki Tangga Ke-30 Sebagai Hospital Pakar Terbaik Di APAC

IJN Duduki Tangga Ke-30 Sebagai Hospital Pakar Terbaik Di APAC

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai turut menyatakan bahawa IJN gembira atas pengiktifaran tersebut selain menyifatkan ia diberi pada waktu yang tepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hospital merupakan satu industri yang sangat penting kepada setiap negara.

Malah di negara ini setiap hospital akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa agar masyarakat Malaysia mahupun luar negara boleh mendapatkan rawatan yang terbaik.

Bukan hanya itu, negara ini juga komited dalam melahirkan lebih ramai pakar yang berkebolehan agar ia seiring dengan kemajuan yang ditambah baik.

IJN disenarai di tangga ke-30 Hospital Pakar Terbaik APAC 2023

Lebih membanggakan lagi, Institut Jantung Negara (IJN) merupakan antara Hospital Pakar Terbaik Asia Pasifik (APAC) 2023 apabila berjaya menduduki tangga ke-30.

Kejayaan hospital berkenaan dalam menduduki ranking tersebut secara tidak langsung telah meletakkannya ia berada di tangga teratas daripada ratusan hospital yang berada di rantau APAC.

Perkara ini turut membuatkan hospital pakar jantung itu sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang terbaik di Malaysia.

Rangking Hospital Pakar Terbaik APAC 2023 perkongsian dari majalah Newsweek

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat IJN senarai pengiktirafan berkenaan berdasarkan perkongsian antara majalah Newsweek di Amerika Syarikat serta firma penyelidikan pasaran global Statista R.

“Dalam edisi pertamanya, penarafan itu bertujuan untuk mengenal pasti hospital pakar terkemuka dalam enam bidang perubatan di sembilan negara APAC iaitu Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, South Korea, Taiwan dan Thailand.

“Penarafan ini berdasarkan tinjauan ke atas lebih 8,000 profesional perubatan termasuk doktor, jururawat dan ahli terapi serta pihak pentadbir penjagaan kesihatan di negara APAC berkenaan,” ujarnya lapor Berita Harian.

Dilakukan secara atas talian

Jelas IJN tinjauan berkenaan dilakukan secara online pada Februari hingga Mac yang lepas.

Malah para peserta diminta untuk memberi cadangan hospital dalam bidang kepakaran dan perubatan skunder mereka.

“Beberapa pensijilan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) berkaitan bidang perubatan tertentu juga diambil kira sebagai sebahagian daripada analisis pemarkahan akhir,” kata IJN lagi.

Pengiktirafan diberi pada waktu tepat

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim menyatakan IJN berasa gembira atas pengiktirafan berprestij tersebut selain menyifatkan ia diberi pada waktu yang tepat.

“Kami sedang melaksanakan pelan hala tujuan kami ke arah menjadi hospital pintar terulung untuk terus meningkatkan tahap penjagaan kesihatan jantung dan pesakit.

“Pelan pengembangan ini meliputi kemudahan bagi pelbagai disiplin baharu dengan 120 katil dan kemudahan utama lain, dan ia dijangka selesai pada 2026,” ujarnya.

Kemudahan dan kejayaan yang diperolehi IJN selain Hospital Pakar Terbaik APAC 2023

Untuk makluman, IJN telah dibina pada tahun 1992 dan mula membina reputasinya hingga ke peringkat global dalam rawatan jantung. Ia juga turut memiliki beberapa kemudahan seperti:

  • Memiliki sebanyak 433 katil.
  • Lapan maklmal jantung invasif.
  • Sembilan bilik pembedahan termasuk dewan bedah hibrid.
  • 10 katil dialisis serta pusat kesejahteraan dan tidur khusus.
  • Mempunyai sebanyak 70 klinik rundingan dalam pelbagai kepakaran.

Bukan hanya itu, hospital yang tersenarai dalam kedudukan ke-30 Hospital Pakar Terbaik APAC 2023 ini turut mendapat pelbagai pengiktirafan dan kejayaan antaranya:

  • Penyedia Perkhidmatan Kesihatan Digital Terbaik di Anugerah PC.com ke-23 atas usaha merintis penggunaan teknologi termaju bagi meningkatkan tahap penjagaa pesakit.
  • Cipta kejayaan dalam pelbagai kategori di Anugerah Kesihatan Global Asia-Pasifik 2023 di Bali, Indonesia.
  • Penyedia Perkhidmatan Kardiologi Terbaik di Asia-Pasifik.
  • Penyedia Perkhidmatan Diabetes Terbaik di Asia-Pasifik.
  • Penyedia Perkhidmatan Penjagaan Kecemasan Terbaik di Asia-Pasifik.
  • Hospital Paling Inovatif Terbaik di Asia-Pasifik.

Menurut Dr Aizai setiap pencapaian yang dimiliki oleh hospital berkenaan adalah usaha keras pasukan IJN yang bersama-sama mencapai kejayaan serta inovasi untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat pesakit.

“Kami tetap teguh dengan komitmen untuk terus berusaha menjadi lebih baik dalam apa jua yang kami lakukan, dan amat berbesar hati dengan semua sokongan yang kami terima selama ini.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.