fbpx
Now Reading
“Dulu Kata BN Tabur Gula²” – Syed Saddiq Persoal Kenapa Kerajaan Umum Bantuan Ketika Pilihan Raya [Video]

“Dulu Kata BN Tabur Gula²” – Syed Saddiq Persoal Kenapa Kerajaan Umum Bantuan Ketika Pilihan Raya [Video]

Menurut Presiden MUDA itu, kerajaan hari ini perlu menjadi lebih baik serta tidak mengikut jejak langkah kerajaan terdahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan kepada penjawat awam dan golongan dewasa di negara ini.

Pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mendapat reaksi ramai, di mana rata-rata bersyukur dengan bantuan yang diberikan itu.

Bagaimanapun, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat seakan tidak bersetuju dengan cara dan waktu bantuan itu diumumkan.

Syed Saddiq persoal kerajaan umum bantuan ketika ingin PRN

Menerusi hantaran video di media sosial miliknya, beliau mempersoal mengenai bantuan tersebut yang diberikan di saat enam negeri bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

“Saya tiada masalah dengan bantuan rakyat, persoalan saya mengapa di musim pilihan raya? Walhal belanjawan telah diluluskan dan ini komponen, tiada. Ini komponen baru.

“Dan ini juga bukan musim perayaan di mana bantuan khas diberikan. Kecuali, perayaan pilihan raya untuk berkempen,” katanya.

Kerajaan hari ini tak patut ikut jejak langkah kerajaan terdahulu

Menurutnya, kerajaan hari ini perlu menjadi lebih baik serta tidak mengikut jejak langkah kerajaan terdahulu.

“Dulu bila pihak lawan, buat kita tentang dan lawan. Kata ini politik kotor, politik beli undi tetapi kini kita lakukan perkara yang sama.

“Dulu mereka kata Kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘tabur gula-gula pilihan raya’, ‘cash is king’ tetapi kini mengulangi benda sama yang mereka tentang dulu,” katanya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu lagi, kerajaan hari ini perlu konsisten dan mempunyai prinsip dalam berpolitik.

“Bukan dulu kata lain, kini buat lain. Be better.”

Presiden MUDA, Syed Saddiq

Kerajaan umum kredit e-tunai RM100 & bantuan khas kepada penjawat awam

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bantuan kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Difahamkan, inisiatif yang menelan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas daripada golongan B40 dan M40.

Selain kredit e-tunai RM100, kerajan turut mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.