fbpx
Now Reading
Enggan Umum Manifesto PRN, Baddrol Bakhtiar Tak Mahu Bagi Harapan [Video]

Enggan Umum Manifesto PRN, Baddrol Bakhtiar Tak Mahu Bagi Harapan [Video]

Jelas Baddrol dia mempunyai pendirian sendiri dalam merealisasikan impian anak muda di negeri Kedah khususnya di DUN Gurun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, ketika ini enam negeri sedang sibuk membuat persiapan seperti berkempen untuk Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos akan datang.

Malah setiap calon yang mewakili parti masing-masing juga sibuk membentangkan manifesto mereka untuk mendapat kepercayaan rakyat agar dipilih menjadi pemimpin.

Namun berbeza dengan bekas pemain bola sepak, Baddrol Bakhtiar yang mewakili Perikatan Nasional (PN) apabila dia enggan mendedahkan manifestonya.

Dia juga menyatakan jika ingin mengetahui apa manifesto yang akan dibawa orang ramai perlu mengundi dirinya terlebih dahulu.

“Kena undi dulu baru bagitahu, Haa surprise! Memang Kedah ini akan berlaku kejutanlah,” ujarnya dalam satu video tular.

Baca artikel berkaitan: “Kena Undi Dulu Baru Bagitahu” – Baddrol Bakhtiar Enggan Umum Manifesto PRN Di DUN Gurun [Video]

Enggan beri harapan dengan janji-janji

Susulan daripada itu, dia yang menjadi calon PN bagi Dewan Undang Negeri (DUN) Gurun memaklumkan bahawa dia memiliki manifesto sendiri namun enggan memberi harapan dengan janji yang ditaburkan.

Ini kerana, Baddrol bimbang jika janji-janji berkenaan tidak dapat ditunaikan olehnya.

Ada pendirian sendiri untuk realisasikan impian anak muda Kedah

Dia juga turut mengulas mengenai video yang tular di media sosial serta menjelaskan dia mempunyai pendirian sendiri untuk merealisasikan impian anak muda di negeri berkenaan.

“Tapi saya ni (ini) jenis tak banyak cakap, kalau saya cakap banyak pun.. Manifesto tu (itu) saya tak buat, orang akan cakap saya bagi harapan, janji sana sini tapi tak buat.

“Macam saya cakap tadi, calon sebelum ini pun, dia bentang semua manifesto tapi apa pun tak buat.. Saya tak mahu lah jadi dekat diri saya.

“Sebabnya saya ada pendirian saya untuk merealisasikan impian anak-anak muda di negeri Kedah ini, khususnya di DUN Gurun ini.. memajukan lagi pemuda-pemuda di sini dalam apa bidang sekali pun termasuk dalam pendidikan terutamanya sukan,” jelas bekas pemain bola itu dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Terpikat dengan apa yang dibentangkan MB Kedah mengenai The Greatest Kedah

Baddrol turut menyatakan semasa hari penamaan calon pada 29 Julai lalu telah diumumkan calon yang bakal bertanding pada PRN di negeri tersebut mereka mempunyai tokoh seperti dua professor, dua tokoh sukan dan juga ustaz.

Tambahnya, kemungkinan kelebihannya adalah di dalam bidang sukan.

“Sebab itu saya diberikan tawaran oleh Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memajukan pemuda-pemuda di negeri Kedah ini dalam bidang sukan mahupun bidang yang lain.

“Dan dia (MB Kedah) pesan kepada saya jangan memilih kaum, libatkan antara kaum India, Cina, dan Siam untuk negeri ini.

“Saya mendengar apa yang dibentangkan itu hingga membuatkan saya terpikat sekali dan berasa bersemangat untuk memajukan apa yang dibentangkan tentang The Greatest Kedah,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.