fbpx
Now Reading
Tular Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Pandan Indah, Rupanya Kerana Selisih Faham Geng Motosikal [Video]

Tular Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Pandan Indah, Rupanya Kerana Selisih Faham Geng Motosikal [Video]

Menurut Ketua Polis Selangor, kesemua individu yang ditahan dalam kejadian pergaduhan itu berumur belasan tahun dan juga dalam lingkungan 20an.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman pergaduhan berkumpulan yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Selangor.

Video tersebut yang sohor di media sosial telah mendapat reaksi ramai sekaligus menimbulkan persoalan punca pergaduhan itu berlaku.

Pergaduhan kerana selisih faham geng motosikal

Susulan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata pergaduhan itu berlaku akibat perselisihan faham melibatkan kumpulan motosikal.

Menurutnya, berikutan pergaduhan itu seramai tujuh lelaki telah ditangkap bagi membantu siasatan pada hari yang sama kejadian berlaku.

Kesemua individu ditangkap berumur belasan tahun sehingga lingkungan berusia 20an

Kata Hussien, kesemua individu yang ditahan dalam kejadian pergaduhan itu berumur belasan tahun sehingga lingkungan berusia 20an.

“Setakat ini, punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara geng motosikal dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dipetik Kosmo hari ini (2 Ogos).

Berkongsi lanjut, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

Tular sekumpulan lelaki bergaduh di Pandan Indah semalam

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang pada sekitar jam 10 malam semalam (1 Ogos).

Difahamkan, kejadian itu membabitkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai makan berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

Video tular berdurasi 30 saat itu menunjukkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas tumbukan selain membaling kerusi kedai berkenaan kepada individu lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.