fbpx
Now Reading
PM Tegas Mahu Nokhtahkan Kemiskinan Tegar Tahun Ini

PM Tegas Mahu Nokhtahkan Kemiskinan Tegar Tahun Ini

Menurut Anwar Ibrahim, bagi merealisasikan hasrat ini kerjasama semua pihak seperti kementerian, agensi kerajaan dan semua parti politik adalah perlu dalam menyokong inisiatif ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan akan menokhtahkan kemiskinan tegar di Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika berucap dalam Jelajah Perpaduan Perdana Menteri @DUN Lenggeng, Negeri Sembilan pada malam tadi (2 Ogos).

Perlu Kerjasama Semua Pihak, Hapuskan Miskin Tegar

Menurut beliau, bagi merealisasikan hasrat dan inisiatif ini, kerjasama semua pihak seperti kementerian, agensi kerajaan dan semua parti politik adalah perlu.

“Saya kata tahun ini kita mahu pecah rekod, bukan bangunan tertinggi di dunia, bukan jambatan megah, bukan kubu indah, tidak, saya akan noktahkan kemiskinan di Malaysia. Berapa jumlahnya? 136,000 orang dan majoritinya Melayu, ada kelompok India. Kita mesti tolong semua.

“Ahli Parlimen PAS kata tidak mungkin, mana boleh kita buat, saya telah panggil semua Jemaah Menteri, seluruh jabatan kerajaan, saya panggil semua DO (pegawai daerah), kalau ada seorang (miskin tegar) di daerah kamu Jempol ke Jelebu mesti catat nama dia dan selesaikan,” kata beliau.

Tambah beliau, tiada gunanya menjadi Perdana Menteri yang mempunyai kereta dan rumah besar namun tidak mengambil tahu keadaan rakyat.

“Kalau ada senarai dari Wanita UMNO submit (hantar) dan daripada Keadilan beri terus dan saya beri ingatan, buat apa jadi Perdana Menteri ada kereta, pesawat kerajaan punya, Rumah Sri Perdana macam Istana, tetapi orang miskin tidak ambil tahu,” katanya.

Terdahulu, Anwar pernah mengumumkan akan memastikan tiada lagi rakyat yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Menurut beliau, golongan ini yang dianggarkan seramai 130,000 orang akan dibantu untuk segera keluar daripada kemiskinan melalui inisiatif dan bantuan khusus buat mereka.

Antara inisiatif yang telah digariskan bagi membantu golongan ini adalah seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang memfokuskan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Terdapat juga pendekatan baharu yang bakal diambil bagi membantu golongan ini antaranya seperti pemberian subsidi penggajian khusus buat majikan yang mengambil golongan miskin tegar sebagai pekerja.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Beri Kredit e-Tunai RM100 Kepada 10 Juta Golongan Dewasa Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Tun M Gelar Anwar Pembohong, Gagal Kemuka Bukti Seperti Dijanji

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.