“Tidak Selaras Dengan Garis Panduan Rasmi” – Perodua Mohon Maaf, Siasat Isu Kod Etika Pakaian
Menurut Pegawai Operasi Perodua, pihaknya telah mengambil langkah segera dengan menarik semula notis tular berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu memuat naik gambar papan tanda etika pakaian pelanggan yang ditetapkan oleh sebuah pusat servis Perodua di Kuantan, Pahang.
Penularan gambar papan tanda tersebut mendapat perhatian ramai, di mana segelintir pengguna media sosial beranggapan etika pemakaian itu sebagai sesuatu yang berlebihan dan dianggap tidak wajar.
Pihak Perodua beri kenyataan rasmi pada 9 Ogos
Terkini, Ketua Pegawai Operasi Perodua JH Rozman Jaafar telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai isu terbabit bersama permohonan maaf.
“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang kami hargai di Pusat Servis Perodua berkenaan.
“Pihak Perodua menyedari timbulnya isu berkaitan notis ‘kod etika pemakaian’ yang dipaparkan di Pusat Servis Perodua di Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan semalam (9 Ogos).
JH Rozman memaklumkan pihak Perodua telah mengambil langkah segera dengan menarik semula notis tular berkenaan.
Kod etika pemakaian tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua
Jelasnya lagi, kod etika pemakaian yang dikeluarkan itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua dan pihaknya kini sedang melakukan siasatan mengenai kejadian itu.
“Kami sedang melakukan siasatan rasmi berhubung perkaraan berkenaan, diikuti dengan langkah pembetulan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi.”
Official statement from our COO of Perodua, JH Rozman Jaafar. pic.twitter.com/cH2r0kjOCF
— Perodua (@perodua) August 9, 2023
Pusat servis tarik semula notis lepas tular isu berkenaan
Terdahulu, pusat servis tersebut telah bertindak menarik balik notis berkenaan dengan segera dan memberikan penjelasan selepas penularan isu terbabit.
Menurut MalaysiaKini yang memetik Sin Chew Daily, pengurus perkhidmatan pusat servis itu menarik balik papan tanda berkenaan selepas melakukan perbincangan dengan ibu pejabat Perodua.
Berhubung notis kod etika pemakaian itu, pengurus tersebut menjelaskan ia hanya berbentuk galakan dan bukanlah diwajibkan.
Pun begitu, ada sesetengah netizen berpendapat Perodua tidak sepatutnya membuat permohonan maaf memandangkan kod etika pakaian itu adalah mengikuti rukun negara yang kelima iaitu prinsip kesopanan dan kesusilaan.