fbpx
Now Reading
Kes Budak 4 Tahun Didera: Tular Video Ibu & Bapa Serang Pengasuh Taska

Kes Budak 4 Tahun Didera: Tular Video Ibu & Bapa Serang Pengasuh Taska

Menerusi video berkenaan turut kelihatan lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak didera telah bertindak mencekik dan menampar pengasuh taska terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 Ogos), tular video memaparkan tindakan seorang pengasuh taska mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Luyang, Sabah.

Malah turut dilihat pengasuh berkenaan bertindak menendang, menampar, menarik rambut serta memukul kanak-kanak itu dengan menggunakan pembaris dalam video rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular.

Tular video bapa kanak-kanak menampar dan cekik pengasuh

Namun tidak sampai sehari tular pula satu lagi rakaman seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan mengasari pengasuh taska yang mendera anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Malaysia Most Viral di Twitter, kelihatan lelaki terbabit bertindak mencekik pengasuh itu sebelum menamparnya beberapa kali.

Dia kemudian cuba ditenangkan oleh isterinya dan juga beberapa individu yang berada di dalam taska berkenaan.

Seorang aunty turut ditumbuk

Namun dalam pergaduhan tersebut lelaki berkenaan juga dilihat telah menumbuk seorang lagi wanita lain yang sebelum itu cuba meleraikan perselisihan faham terbabit.

Si isteri kemudian datang memeluk lelaki berkenaan untuk menenangkan keadaan.

Kejadian itu turut dilihat oleh beberapa individu yang berada di taska berkenaan termasuklah kanak-kanak.

Ibu mangsa turut tampar dan tolak pengasuh

Walau bagaimanapun, dalam satu lagi rakaman yang dimuat naik turut kelihatan ibu kepada kanak-kanak itu turut menolak wanita berkenaan dan menampar pengasuh berkenaan selain turut dilihat seperti meluahkan rasa kecewanya.

Tindakan itu dilakukan oleh ibu kanak-kanak terbabit berulang kali sebelum mereka beredar dari taska berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Terdahulu, polis mengesahkan pihaknya telah menerima tiga laporan mengenai kes tersebut iaitu daripada ibu mangsa, pengasuh dan juga pengusaha taska yang mendakwa telah dikasari oleh lelaki berkenaan.

Mangsa (kanak-kanak didera) dan suspek kemudian dibawa ke Hospital Queeen Elizabeth II (HQE II) bagi pemeriksaan lanjut dan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.