fbpx
Now Reading
Onn Hafiz Luluh Lihat Budak Didera Di Johor, Mangsa Akan Dijaga Oleh Datuk

Onn Hafiz Luluh Lihat Budak Didera Di Johor, Mangsa Akan Dijaga Oleh Datuk

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan mangsa yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan yang teruk di bahagian belakang badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial berhubung kes penderaan yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa penderaan dua wanita di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor Bharu.

Salah seorang dari wanita berkenaan merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan.

Kejadian tersebut telah disedari oleh jiran tertangga di perumahan terbabit selepas mereka menyerbu rumah yang didiami oleh mangsa dan ibunya.

Menerusi video yang tular di media sosial, perakam turut menunjukkan beberapa kesan kecederaan yang teruk pada bahagian belakang kanak-kanak terbabit.

Memetik laporan Berita Harian, ibu kepada kanak-kanak itu berusia 27 tahun dan merupakan ibu tunggal manakala seorang lagi rakannya berumur 30 tahun serta mempunyai perwatakan ‘tomboy’.

Polis kemudian menahan kedua wanita itu, manakala kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Onn Hafiz luluh lihat keadaan mangsa didera ibu dan rakan

Terbaharu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut meluahkan rasa kasihannya saat berkunjung ke HSI untuk melawat kanak-kanak terbabit.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh beliau di Facebook, Onn Hafiz memaklumkan kanak-kanak itu akan dijaga oleh datuknya selepas keluar dari hospital tersebut.

“Luluh hati saya melihat keadaan adik Iman (mangsa), kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan baru-baru ini.

“Adik Iman telah dibawa ke HSI dan sedang menjalani rawatan. Saya dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas discaj dari hospital nanti,” jelasnya.

Ucap terima kasih dan tahniah kepada pihak terlibat yang bertindak pantas selamatkan mangsa

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan komuniti setempat yang peka terhadap keadaan sekeliling yang kemudian membuat laporan berhubung kes penderaan itu ke talian kecemasan.

Selain itu ucapan terima kasih dan tahniah turut diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor, Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang bertindak pantas dalam menyelamatkan mangsa.

Dua wanita akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

MB Johor itu dalam pada masa sama, turut memaklumkan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak.

“Insya-Allah, mereka yang telah mendera adik Iman akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.