fbpx
Now Reading
Baru Hari Pertama Dihantar, Bayi 6 Bulan Cedera Didakwa Digigit Anak Pengasuh

Baru Hari Pertama Dihantar, Bayi 6 Bulan Cedera Didakwa Digigit Anak Pengasuh

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 Januari), tular satu hantaran di Facebook oleh seorang wanita yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang dialami oleh anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa bayinya yang berusia enam bulan cedera digigit oleh anak pengasuh dengan kesan lebih lapan gigitan manakala seorang lagi anaknya dilempang oleh orang dewasa.

Lebih mengejutkan, kejadian itu berlaku sewaktu hari pertama dia menghantar anak-anaknya ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan buat anaknya berhubung kejadian tersebut.

“Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi aku dan anak-anak. Baby Luth yang baru 6 bulan digigit oleh anak pengasuh lebih 8 gigitan sehingga terkoyak kulit berdarah-darah di baju.

“Abang Nuh pula kesan lempang berbirat jari orang dewasa di muka. Sampai sekarang abang Nuh masih trauma sampai demam-demam. Dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit.

“Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma. Rawatan dan laporan polis dah buat. Doakan semuanya dipermudahkan dan anak-anak cepat sembuh,” luah ibu kanak-kanak berkenaan.

Foto: Facebook

Polis Sahkan Ada Terima Laporan, Akan Panggil Pengasuh Bagi Tujuan Siasatan

Mengulas lanjut mengenai insiden ini, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada Rabu (10 Januari) jam 5.30 petang.

“Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.

“Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenal pasti dan akan dirakam percakapan pada Isnin (15 Januari) bagi membantu siasatan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Bahrin lagi, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Foto: Facebook Polis Daerah Kluang

Ibu Mangsa Sahkan Siasatan Sedang Berjalan & Serahkan Semuanya Kepada Polis

Menerusi kemas kini terbaharu yang dibuat oleh ibu mangsa, dia mengesahkan siasatan sedang dibuat dan pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dia juga mendakwa tidak akan mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan memandangkan suspek masih mempunyai anak yang kecil.

Wanita berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpanya sekeluarga.

Malah, dia mendakwa tujuannya membuat hantaran itu adalah mahu pengasuh dan ibu bapa yang lain mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Foto: Facebook

Baca Artikel Berkaitan: “Bayar RM1,300 Setiap Bulan”- Ibu Nak Pitam Lepas Tahu Anak Didera Pengasuh Taska [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Didera Bapa Tiri, Kepala Dihentak & Usus Pecah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.