fbpx
Now Reading
“Bayar RM1,300 Setiap Bulan”- Ibu Nak Pitam Lepas Tahu Anak Didera Pengasuh Taska [Video]

“Bayar RM1,300 Setiap Bulan”- Ibu Nak Pitam Lepas Tahu Anak Didera Pengasuh Taska [Video]

Menurut ibu kepada kanak-kanak berkenaan, pada 3 Ogos anak perempuannya mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut sebelum mengetahui si kecil itu didera pada 4 September melalui rakaman CCTV.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi ibu bapa yang bekerja serta mempunyai anak kecil sudah tentu taska menjadi antara pilihan untuk mereka meletakkan si manja ketika seharian keluar mencari rezeki.

Namun saban hari kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska semakin membimbangkan dan hampir setiap bulan ada sahaja kes dilaporkan.

Malah lebih menyedihkan apabila penderaan yang dilakukan oleh pengasuh di taska itu ada yang menyebabkan kematian, kecacatan dan juga trauma kepada si kecil termasuklah keluarga kanak-kanak berkenaan.

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ianya bukan percuma sebaliknya ibu bapa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menghantar anak mereka ke pusat jagaan.

Tular video pengasuh taska dera kanak-kanak

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang wanita yang dipercayai pengasuh di sebuah taska yang mendera seorang kanak-kanak perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh MySamudera di Twitter awalnya kelihatan pengasuh berkenaan dipercayai seperti mencubit pipi kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudian bangun dan menarik tangan kanak-kanak terbabit sebelum mengheretnya ke tempat lain.

Ibu rasa nak pitam lepas tahu anak didera

Sebelum ini ibu kepada kanak-kanak itu turut berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya dan mengatakan dia terduduk serta rasa ingin pitam sebaik sahaja mengetahui anaknya didera.

“Ya Allah.. Allah Maha Besar. Aku bayar RM1,300 setiap bulan untuk keselesaan dan keselamatan anak aku. Bukan untuk kau hempuk-hempuk anak aku.

“Staf lain yang tengok tu apa perasaan korang? Korang tak ada hati perut ke? Sanggup biar anak aku kena macam tu depan mata,” ujar ibu kepada kanak-kanak itu.

Mahu pihak taska dan ibu bapa buka mata

Menurutnya tujuan dia berkongsi mengenai kes tersebut adalah untuk pihak tertentu seperti taska dan ibu bapa yang menghantar anak mereka di tempat berkenaan membuka mata.

Ujarnya, semua bermula pada 3 Ogos apabila anak perempuannya yang dikenali sebagai Rania memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana takut.

Ibu kemudian meminta untuk melihat kamera rakaman tertutup (CCTV) kerana bimbang akan keadaan si kecil.

Kecewa taska tak buat siasatan menyeluruh kenapa anak takut pergi sekolah

Namun pihak taska tidak dapat menunaikan permintaanya dia lalu menghubungi pihak ibu pejabat taska berkenaan untuk mendapatkan kebenaran melihat CCTV.

“Malangnya saya hanya diberi melihat secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan penyiasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut ke sekolah terbabit.

“Pada 30 Ogos, suami saya telah mengambil Rania dari taska pada jam 6 petang, dan staf (yang didakwa mendera anaknya) telah mengatakan pada suami saya ‘Maaf tuan, saya terlanggar Rania ketika waktu bermain bersama kanak-kanak lain’.

“Tapi kami dapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan anak kami dan lengan. Anak saya mengadu sakit ketika saya basuh muka dia. Saya telah memohon untuk tengok CCTV dari pihak taska pada malam Rabu tapi tiada respon. Saya cuba hubungi taska tapi tak dapat,” katanya lagi.

CCTV tunjuk rakaman staf cubit dan hempuk kepala anak ke lantai

Bapa kanak-kanak itu kemudian hanya berpeluang untuk melihat CCTV pada 4 September dan menerusi rakaman itu kelihatan staf sama telah mencubit dan menghempuk kepala anak mereka ke lantai.

“Saya terkilan sebab staf lain hanya melihat sahaja macam benda ni dah biasa berlaku.

“Sekarang Rania dimasukkan ke wad (hospital) untuk pemeriksaan lanjut bagi kecederaan dalaman dan luaran. Mohon doakan anak saya,” kata ibu itu lagi.

Melalui carian kami, perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu kanak-kanak ini di Facebook dan TikTok telah dipadam oleh platform berkenaan, namun telah dimuat naik semula oleh si Ibu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.