fbpx
Now Reading
Remaja Dipukul Sekumpulan Pelajar Sekolah Kerana Berebut Teman Wanita

Remaja Dipukul Sekumpulan Pelajar Sekolah Kerana Berebut Teman Wanita

Menurut polis, mangsa mengadu dirinya ditendang, dipijak serta ditumbuk di beberapa bahagian badan seperti perut, tangan dan peha.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar sekolah yang memukul seorang remaja lelaki di Johor Bharu.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kumpulan pelajar lelaki itu telah bertindak menumbuk, menendang dan memijak remaja tersebut.

Polis tahan tujuh remaja dipercayai terlibat dengan kes gaduh di Johor Bharu

Susulan tular video tersebut, pihak polis bertindak menahan tujuh remaja yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan itu dan insiden berlaku di sebuah kawasan permainan iaitu Taman Bestari Indah, Johor Bharu.

Ketua Polis Daerah Johor, ACP Raub Selamat memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut pada jam 4.09 daripada pengadu (mangsa) yang berusia 15 tahun.

Kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang warga asing berusia sekitar 14 hingga 17 tahun.

Pergaduhan tercetus dipercayai berpunca rasa tak puas hati

Kejadian pergaduhan itu dipercayai berpunca disebabkan rasa tidak puas hati suspek utama yang berusia 15 tahun kepada remaja perkenaan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan teman wanitanya.

“Polis menerima laporan mangsa yang berusia 15 tahun pada pukul 4.09 petang semalam mengatakan dia ditendang, dipijak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian badan, perut, tangan dan peha oleh tujuh remaja lain.

“Pengadu memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang, 9 Ogos lalu. Akibat kejadian berkenaan, dia mengalami kecederaan lebam, bengkak dan sakit di beberapa bahagian tubuh badannya,” jelasnya, lapor Kosmo.

Serbuan dibuat di enam lokasi berbeza

Bertindak atas maklumat pada jam 5.30 petang hingga 9.43 malam satu pasukan polis yang diketuai polis balai bersama anggota Unit Ronda Sektor (URS) Balai Polis Taman Pelangi Indah (IPD) Johor Bharu Selatan telah bertindak membuat serbuan di enam lokasi yang berbeza sekitar Johor Bharu.

Pihak polis turut merampas sehelai baju jersi berwarna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang berwarna biru gelap, satu helai t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan sebuah telefon bimbit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.”

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes boleh menghubungi terus ke talian hotline IPD Johor Bharu Selatan 07 218 2323.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.