
Gara-Gara Adik Enggan Beli Rokok, Lelaki Mengamuk Bakar Rumah Pusaka
Suspek merupakan bekas banduan dan baru sahaja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu kerana kesalahan dadah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hanya kerana adiknya enggan menuruti permintaan membeli rokok, seorang lelaki berusia 47 tahun tergamak membakar rumah pusaka milik keluarganya.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam pada 23 Ogos di Pokok Sena Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ketika kejadian, suspek dipercayai tinggal seorang diri di rumah yang didiami bersama ibu dan adiknya.
Suspek Merupakan Bekas Banduan, Mengamuk Adik Tidak Beli Rokok
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, suspek merupakan bekas banduan dan baru sahaja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu kerana kesalahan dadah.
Suspek dikatakan mula mengamuk apabila permintaan untuk membeli rokok tidak dipenuhi oleh adiknya.
“Adiknya tidak tahan dengan amukan suspek dan keluar ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan tentang kejadian itu.
“Semasa dalam perjalanan ke balai polis, jirannya telah menghubunginya dan memaklumkan yang suspek telah membakar rumah dan berjaya menangkap suspek. Keadaan kebakaran rumah kira-kira 95%,” kata beliau.

Suspek Mula Bakar Langsir Rumah, Api Merebak Hingga Ke Rumah Jiran
Rumah dua tingkat milik keluarganya itu merupakan jenis separa kayu dan simen. Kediaman itu dilengkapi dengan lima bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.
Hasil pengakuan awal suspek mendapati dia mula membakar langsir di bilik tidurnya dengan pemetik api. Tindakannya ini menyebabkan api merebak hingga keseluruhan rumah.
“Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan semua harta dalam rumah termasuk empat buah motosikal lama yang ditempatkan di bahagian dapur rumah.
“Akibat kejadian itu, rumah jiran mereka turut mengalami kebakaran dinding dapur,” jelasnya.
Ketika kejadian, ibu suspek tiada di rumah dan pergi melawat adik perempuannya di Balik Pulau.
Rokok punya pasal, sampai sanggup bakar rumah, kejadian di Kepala Batas Seorang penagih dadah membakar rumah pusaka…
Posted by Penang Kini on Thursday, 24 August 2023
Suspek Positif Dadah
Hasil ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 14 rekod jenayah lampau. Dia kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
Baca Artikel Berkaitan: 2 Beradik Bakar Rumah Hanya Kerana Teruja Tengok Bomba Masuk Kampung
Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Balas Dendam Pada Bekas Kekasih, Wanita Tersalah Bakar Rumah Orang Lain