fbpx
Now Reading
Niat Nak Balas Dendam Pada Bekas Kekasih, Wanita Tersalah Bakar Rumah Orang Lain
Wanita mahu balas dendam pada bekas kekasih tersalah bakar rumah

Niat Nak Balas Dendam Pada Bekas Kekasih, Wanita Tersalah Bakar Rumah Orang Lain

Wanita tersebut bagaimanapun, telah ditahan kerana didakwa membakar rumah, menyerang dengan senjata serta mencuri haiwan tuan rumah berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin berang dengan apa yang sudah berlaku pada perhubungan lalunya, seorang wanita di North Carolina, Amerika Syarikat nekad membalas dendam terhadap bekas kekasihnya dan cuba untuk membakar rumah lelaki tersebut.

Namun, tindakan wanita berkenaan bertukar tragedi apabila dia tersalah membakar rumah kepunyaan orang lain.

Tuan rumah telah dikejutkan oleh jiran

Menerusi laporan Khaleej Times, Pejabat Daerah Sherif, Rowan memaklumkan seorang pemilik rumah di Gold Hill telah dikejutkan oleh jirannya selepas melihat wanita itu cuba untuk membakar rumah tersebut.

Malah, terdapat seikat kayu api di bahagian anjung hadapan serta satu jag minyak dijumpai yang digunakan untuk menyalakan api.

Namun, ketika pemilik rumah berkenaan cuba mendapatkan hos di halaman tamannya, dia melihat kepingan-kepingan kayu telah terbakar di sekeliling tangki propane yang terdapat di sana.

Hos air tidak dapat digunakan kerana telah disekat

Jelas Rowan, lebih memburukkan keadaan lagi apabila hos di halaman taman itu tidak dapat berfungsi kerana aliran air telah disekat oleh wanita berkenaan.

“Pemilik rumah turut mengambil senapang untuk berhadapan dengan wanita tersebut, yang ketika itu sedang memegang salah satu daripada anjing milik tuan rumah tersebut.

“Wanita itu kemudian berlalu pergi dan meninggalkan tempat kejadian,” jelas Rowan.

Wanita telah berjaya ditahan, anggaran kerugian RM89,101

Perbuatan wanita itu akhirnya memakan diri apabila dia ditahan dan didakwa atas kesalahan melakukan jenayah membakar rumah, menyerang dengan sejata serta mencuri haiwan tuan rumah tersebut.

Pihak berkuasa menganggarkan rumah yang terbakar itu telah mengalami kerosakan lebih kurang AS$20,000 (RM89,101).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.