fbpx
Now Reading
Wanita Maut Lepas Jemput Anak Pulang Dari Asrama Di Johor

Wanita Maut Lepas Jemput Anak Pulang Dari Asrama Di Johor

Menurut PDRM, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua anaknya dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi selepas mengambil anak pulang dari asrama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu yang membawa dua orang anaknya meninggal dunia selepas kereta jenis Proton Exora yang dipandu terbabit dalam kemalangan apabila bertembung dengan Perodua Alza berdekatan simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi- Sungai Rengit, semalam 24 Ogos.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.40 petang itu, dua orang anak mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat.

Mangsa yang dikenali sebagai Mariani Omar berusia 44 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Baru ambil anak balik dari asrama di Bandar Penawar

Turut difahamkan ketika kemalangan berlaku, mangsa baru sahaja menjemput anaknya pulang daripada asrama yang terletak di Bandar Penawar.

Kota Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin memaklumkan wanita yang berasal dari Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing itu turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan disebabkan insiden terbabit.

Pemandu Perodua Alza turut alami kecederaan parah dan masih dirawat

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HKT semasa menerima rawatan. Kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita tersebut memandu kereta Proton Exora bersama dengan dua anak berumur antara 18 dan 15 tahun yang dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menghala ke Kota Tinggi.

“Kereta dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Alza yang dipandu telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Alza yang dipandu seorang perempuan berumur 40-an.

“Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu Alza mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di HKT. Manakala dua anak si mati selamat dalam kejadian itu,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Walau bagaimanapun punca kemalangan itu masih lagi dalam siasatan serta kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.